Jangan malu menjadi remaja yang lebih baik – Dr Azhar
HULU SELANGOR – Remaja sering dianggap nakal, mudah meniru gaya hidup liar, suka berhibur, kurang berakhlak, antikebaikan dan pelbagai label negatif lain. Namun semalam, bertepatan dengan hari ulang tahun kemerdekaan negara ke-53, IKRAM Hulu Selangor membuktikan bahawa sebenarnya masih ramai lagi remaja Malaysia yang mulus hatinya dan bersedia menerima nilai-nilai kebaikan.