Institusi-Institusi IKRAM

Pelbagai inisiatif IKRAM untuk bersama memberi khidmat dalam masyarakat dan membangun sebuah Negara RAHMAH

MFP

Malaysian Association of Muslim Finance Professionals mengumpul profesional berlatar belakang pendidikan dan kerjaya dalam bidang perakaunan, kewangan, audit, perbankan dan seumpamanya.

KIMB

Koperasi Islah Malaysia Berhad bertujuan menggalakkan budaya menabung dan keusahawanan dalam kalangan anggota, terlibat dalam aktiviti perniagaan dan pelaburan yang menguntungkan dan menyediakan perkhidmatan berkualiti.

PERINTIS

Persatuan Saintis Muslim Malaysia bertujuan untuk memimpin dalam pembangunan, pemantapan dan penggunaan sains untuk kesejahteraan manusia dan alam sekitar.

IKRAM Academia

Menggabung ahli-ahli akademik IKRAM dengan matlamat untuk menjalankan penyelidikan, meningkat profesionalisme, memperkukuhkan institusi akademik, bekerjasama melaksanakan dasar-dasar negara, menjaga kebajikan ahli dan menyebarkan maklumat berkaitan bidang akademia.

MGBSIM

Majlis Guru-guru Besar Sekolah Islam Malaysia bertujuan untuk memberi kerjasama dan sokongan sepenuhnya kepada IKRAM MUSLEH, memberi tumpuan kepada bidang-bidang sahsiah, akademik dan tarbiah pelajar serta memperjuangkan kebajikan kakitangan.

MUBIN

Muslim Business Network Association of Malaysia bertujuan menjadi platform bagi para usahawan dan individu Muslim yang mempunyai kedudukan strategik dalam mana-mana syarikat, institusi  bernaung dan bersatu demi membangunkan ekonomi ummah sejagat.

SRR

 Suri Rumah Rahmah bertujuan menerajui pemberdayaan suri rumah muda yang berkemahiran dan berketrampilan serta membimbing mereka untuk berperanan dalam masyarakat.

MAP

Malaysia Against Pornografi bertujuan mewujudkan kesedaran, memberi pendidikan dan bertindak sebagai kumpulan pendesak bagi memerangi pornografi, paedofil, zina.

PenaWan

Persatuan Penulis Isu-isu Wanita Nasional adalah satu platform penulis-penulis wanita yang ditubuhkan hasil dari resolusi yang dicapai dalam program Himpunan Penulis Wanita IKRAM Nasional (PenaWan).

ASEAN YLF

ASEAN  Young Leaders Forum adalah sebuah platform kepada anak muda dalam menjuarai isu-isu anak muda di ASEAN dan menjalinkan kerjasama antara negara.

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia