Merungkai kekeliruan dalam peristiwa hijrah

Pertamanya, atas rasa kasih dan sayang pada khazanah lembaran sejarah Islam dan juga tanggungjawab menegakkan kebenaran berdasarkan fakta yang sahih, maka seluruh umat Islam khususnya wajib memahami beberapa perkara berkaitan kalendar Hijrah dan peristiwa hijrah baginda Nabi SAW.

 

Atas ilmu dan pengetahuan yang ada, umat harus memperbetulkan pandangan berkenaan dua perkara penting ini. Catatan sejarah telah menulis dengan fakta yang sahih.

 

Maka menjadi tanggungjawab kita bersama untuk bercakap atas fakta ini dan kita juga seharusnya bertanggungjawab memelihara fakta yang telah tercatat ini dengan penuh rasa yakin.

 

Sering kali disalahfahami berkenaan sejarah penciptaan kalendar Hijrah. Kalendar Hijrah adalah hasil ijtihad khalifah Amirul Mukminin, Saidina Umar al-Khattab RA. Pada zaman beliau menjadi khalifah, beliau telah menerima cadangan oleh umat Islam agar diwujudkan suatu takwim atau kalendar rasmi bagi umat Islam.

 

Ini kerana pada zaman dahulu tidak terdapat satu kalendar rasmi. Orang Arab ketika itu hanya ada perkiraan bilangan bulan sebanyak 12 bulan dan tidak ada kiraan tahun Islam.

 

Orang Arab hanya mengenal pergiliran bulan tanpa ada perkiraan tahun demi tahun. Melihat kepada negara dan wilayah lain, maka lahirlah beberapa cadangan dan idea dari para sahabat untuk dikemukakan dan dibincangkan bersama. 

 

Maka Saidina Umar bersetuju untuk mencipta kalendar umat Islam dan membuka cadangan untuk memilih perkiraan tahun pertama untuk kalendar umat Islam. Ada yang mencadangkan tahun kelahiran baginda Nabi SAW tetapi ditolak oleh Umar.

 

Akhirnya, Umar al-Khattab bersetuju untuk memilih tahun baginda berhijrah dijadikan sebagai tahun pertama kalendar Islam. Kemudian berlaku pula perbincangan memilih bulan pertama untuk dijadikan bulan awal tahun.

 

Setelah berbincang, Umar al-Khattab bersetuju untuk memilih bulan Muharram sebagai bulan pertama dalam kiraan kalendar Hijrah. Maka bermula lah penciptaan kalendar Hijrah yang mana bulan pertama nya adalah Muharram.

 

Adapun peristiwa hijrah, tidaklah berlaku pada bulan Muharram, sama ada hijrah pertama umat Islam ke Habsyah mahupun hijrah baginda Nabi SAW ke Madinah. Kedua-dua hijrah ini tidak berlaku pada bulan Muharram.

 

Dalam kitab sirah masyhur, Ar-Raheeq al-Makhtum, dikarang oleh Safiyyurrahman al-Mubarakfury, menyatakan bahawa peristiwa hijrah pertama umat Islam ke Habsyah telah berlaku pada bulan Rejab tahun kelima daripada kenabian.

 

Manakala peristiwa hijrah baginda Nabi ke Madinah telah berlaku pada awal bulan Rabiulawal. Baginda Nabi SAW meninggalkan rumah pada malam 27 Safar.

 

Kemudian baginda Nabi menuju ke rumah Abu Bakar RA lantas mereka berdua bergerak ke Makkah secara tergesa-gesa sebelum fajar menyingsing. Daripada Makkah, pada hari Isnin 1 Rabiulawal, maka baginda Nabi bersama Abu Bakar bergerak menuju ke Madinah.

 

Imam Ibnu Kathir dalam penulisan kitabnya Bidayah wal Nihayah menyebutkan bahawa pemilihan bulan Muharram sebagai kiraan bulan pertama kalendar Hijrah adalah kerana Muharram adalah bulan yang sesuai memandangkan umat Islam telah selesai mengerjakan haji.

 

Bahkan Muharram juga termasuk sebagai bulan-bulan haram. Jelas bagi kita, pemilihan bulan Muharram sebagai bulan pertama kalendar Hijrah bukanlah kerana berlakunya peristiwa hijrah Nabi SAW sebaliknya atas perbincangan dan ijtihad pemimpin Islam ketika itu, Umar al-Khattab.

 

Kita seharusnya mengetahui bahawa pemilihan bulan Muharram adalah kerana aspek lain dan tidak ada kaitannya dengan peristiwa Hijrah Nabi seperti yang selalu kita dengarkan sebelum ini.

 

Jelas di sini bahawa kalendar Hijrah tidak ada lagi pada zaman Nabi SAW. Ia bukanlah suatu syariat tetapi suatu ijtihad khalifah Islam dalam soal memperkemaskan lagi sistem tadbir urus Islam.

 

Kita juga harus fahami bahawa bulan Muharram bukanlah bulan baginda Nabi berhijrah sebaliknya Muharram dipilih atas keputusan bersama ketika itu dan tidak ada kaitan dengan peristiwa hijrah.

 

Kalendar Hijrah dibuatkan oleh Umar al-Khattab bukanlah untuk diadakan upacara atau sambutan tertentu, sebaliknya ia dicipta bagi memperkemaskan lagi tadbir urus kehidupan orang Islam khususnya.

 

Maka yang demikian, tidak ada sebarang anjuran doa awal dan akhir tahun kerana ia tidak pernah dilakukan oleh baginda Nabi SAW serta para sahabat. Semoga Allah mengampuni kita semua.

 

Muhammad Faidhi Azis
Pegawai Masjid dan Guru Takmir

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia