Kes dunia terus meningkat, Malaysia berjaga-jaga

Amerika Syarikat merekodkan jumlah jangkitan sebanyak 3.8 juta kes positif dan kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 140,000 kematian.

 

Brazil pula, kes positifnya sebanyak 2.09 juta dan India, 1.11 juta kes, manakala Rusia melepasi angka jangkitan setengah juta dengan merekodkan 776,000 kes.

 

Oleh yang demikian, jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 kini mencecah lebih 609,000 kes.

 

Berjaya turunkan kes tapi berjaga-jaga

 

Tindakan kerajaan Malaysia melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini membawa kepada penurunan jumlah kes jangkitan COVID-19 di negara ini.

 

Selain itu, rakyat Malaysia digalakkan mengenakan topeng muka (face mask) sebagai langkah keselamatan dan diwajibkan penjarakan sosial 1 meter di samping pembukaan semula kebanyakan sektor ekonomi.

 

Pelbagai inisiatif kerajaan bagi memastikan bukan sahaja wabak ini dihapus segera, malah kelangsungan hidup rakyat dan ekonomi negara dapat dipulihkan.

 

Pada Mac lalu, Malaysia mencatatkan jumlah kes COVID-19 sehingga tiga kali ganda lebih tinggi berbanding semua negara lain di Asia Tenggara.

 

Namun, Malaysia berjaya menjadi contoh kepada dunia bagaimana negara kecil yang mempunyai rakyat dari pelbagai agama, bangsa dan fahaman politik dapat bersatu dalam menangani virus yang amat berbahaya ini.

 

Nama Malaysia semakin dilihat dan menjadi fokus dunia atas kejayaan menangani penularan wabak ini berbanding sesetengah negara yang lebih dikenali seperti Singapura, Indonesia dan Thailand.

 

Walaupun sebelum ini Malaysia pernah mencatatkan kes aktif COVID-19 dengan kebolehjangkitan sebanyak empat angka pada satu masa, kini jumlahnya berada pada tahap sekitar 100.

 

Kejayaan Kementerian Kesihatan  Malaysia (KKM) mengawal penularan wabak COVID-19 sehingga peratus pesakit yang pulih kini lebih 97 peratus dan menjadi lima negara terbaik di dunia dalam mengawal wabak berkenaan, menjadi perhatian banyak pihak.

 

Baru-baru ini, KKM dianugerahkan The BrandLaureate Award – Certificate of Recognition and Appreciation oleh The World Brands Foundation atas peranannya membendung dan mengekang penyebaran COVID-19.

 

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut menerima anugerah The BrandLaureate Awards – Outstanding BrandLeadership Award 2020 bagi mengiktiraf kepemimpinan beliau dan cabaran yang dilalui untuk mendorong rakyat mendepani COVID-19 melalui pelbagai inisiatif.

 

Walaupun begitu, Malaysia yang mencatatkan penurunan kes positif harian kepada satu angka sejak pertengahan Jun lalu, kini di tahap berjaga-jaga kerana ia kembali meningkat kepada dua angka dalam beberapa hari ini.

 

Kes positif harian kembali meningkat kepada 18, 15 dan 21 kes pada 17, 19 dan 20 Julai dengan kewujudan beberapa kluster baharu bagi jangkitan tempatan.

 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas semalam turut menzahirkan kebimbangan dengan menyatakan bahawa jika kes menaik dengan mendadak, kerajaan mungkin akan menguatkuasakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Pandemik COVID-19 masih belum berakhir, justeru beliau menyeru semua rakyat Malaysia agar istiqamah dalam mengekalkan kejayaan melawan virus ini.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia