Kanak-Kanak Maut Dalam Kereta: Adakah Kebajikan Ahli Keluarga Kita Terpelihara?

Kita boleh merasakan kesedihan yang dialami oleh keluarga ini selepas kehilangan anak di usia yang begitu kecil. Namun, lebih sukar membayangkan bagaimana ibunya boleh terlupa dan meninggalkannya dalam kereta selama lebih dari lima jam. Namun, ini bukanlah kes yang pertama berlaku di negara ini. Penelitian rambang laporan di alam maya menunjukkan sejak 2011 sekurang-kurangnya terdapat lima kejadian serupa membabitkan kanak-kanak maut akibat lemas setelah ditinggalkan di dalam kereta oleh ibu bapa atau penjaga mereka.

Peristiwa ini seharusnya menjadi iktibar kepada semua terutama ibubapa untuk tidak sekali-kali cuai dengan sentiasa memeriksa kenderaan sebelum meninggalkannya. Meninggalkan anak di dalam kereta terbukti mengundang bahaya yang bukan sedikit. Ibubapa yang didapati cuai seperti ini boleh didakwa di mahkamah mengikut Akta Kanak-Kanak 2001. Jika sabit kesalahan (membiarkan anak-anak tanpa pengawasan), di bawah seksyen 33 Akta 611 seseorang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Malah yang lebih parah sekiranya terbukti adanya elemen penganiyaan dan pengabaian, mereka boleh didakwa di bawah seksyen 31 akta yang sama yang membawa  denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya.

Seterusnya apa yang menarik perhatian Wanita IKRAM adalah tiga dari lima kes yang dilaporkan sepanjang dua tahun ini membabitkan guru sekolah yang mengatakan bahawa kejadian berlaku dalam keadaan mereka sedang bergegas untuk menyiapkan tugasan di sekolah. Yang menjadi persoalannya, adakah guru-guru sekolah kita hari ini tertekan dengan bebanan kerja yang banyak sehingga mengakibatkan mereka boleh terdedah kepada risiko melakukan kecuaian? Adakah kebajikan guru-guru yang mendidik anak-anak kita di sekolah terjaga? Adakah mereka mendapat Keseimbangan Kehidupan Berkerjaya (Work Life Balance) sebagaimana yang diharapkan?

Adalah penting bahawa kesedaran dan komitmen terhadap Keseimbangan Kehidupan Berkerjaya hendaklah disokong dan didokong oleh semua pihak, daripada Kementerian, Pentadbir, Pengurus serta para pekerja sendiri. Dalam Dasar Keluarga Negara dan Dasar Kanak-kanak Negara, telah jelas dinyatakan bahawa Malaysia memandang penting isu-isu yang membabitkan pembangunan keluarga dan anak-anak yang sejahtera.

Dengan berlakunya kes-kes yang sangat tragik ini, Wanita IKRAM ingin menyarankan agar

1. Semua ibubapa berusaha  mengamalkan  gaya keibubapaan proaktif  dan berikhtiar  mengambil  langkah-langkah keselamatan untuk menjamin kesejahteraan anak-anak mereka

2. Kempen kesedaran terhadap keselamatan kanak-kanak mestilah dipertingkatkan di peringkat nasional dan negeri untuk mendidik masyarakat khususnya ibubapa terhadap pentingnya memberi perlindungan kepada kanak-kanak dan cara-cara yang jelas bagi tujuan tersebut.

3. Walaupun tindakan undang-undang bukan langkah pertama namun penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas perlu dilakukan untuk memberi pengajaran agar kes-kes yang membabitkan keselamatan kanak-kanak tidak akan berulang.

4. Isu keseimbangan kehidupan berkerjaya ini harus dijadikan Polemik Umum untuk  membina kesedaran pekerja , majikan dan masyarakat umum terhadap kepentingan isu ini  dan seterusnya mendapatkan cadangan penambahbaikan ke arah budaya keseimbangan kehidupan berkerjaya yang lebih berkualiti. Wanita IKRAM merasakan agar pihak yang berwajib  meneliti perkara ini agar kebajikan pekerja, ahli keluarga serta masyarakat amnya terpelihara.

Marilah bersama-sama mendoakan keselamatan rakyat Malaysia dan selamat meneruskan ibadah di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Ustazah Maznah Daud

Ketua Wanita

Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia