Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti

Islam yang diwariskan kepada kita oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW adalah agama dan sistem hidup yang sempurna, lengkap dan menyeluruh, bersumber daripada Allah SWT, Tuhan Pencipta Alam.

 

Firman Allah SWT:

“…Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu…” (Surah al-Ma’idah: 3)

 

Islam yang tulen mengangkat martabat keinsanan manusia. Memang selayaknya begitu kerana manusia adalah hamba Allah SWT yang dikurniakan amanah kekhalifahan untuk mentadbir seluruh alam. Penyempurnaan amanah yang besar tersebut akan membuahkan natijah kemakmuran dan kesejahteraan hakiki kepada seluruh manusia berserta dunia dengan segala isinya.

 

Berpaksikan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT, seseorang individu Muslim yang mukmin mengisi hidupnya dengan penuh tanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat, negara dan seluruh alam.

 

Muslim yang mukmin melihat dunia di sekelilingnya dengan pandangan rahmah dan berusaha menggalakkan dan menegakkan kebaikan, serta mencegah dan menentang kemungkaran, bersesuaian dengan firman Allah SWT:

 

“Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (karena kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.” (Ali Imran: 110)

 

Kualiti inilah yang mengangkat generasi pertama al-Quran sebagai pemimpin dan contoh teladan manusia zamannya, dan mendasari tamadun kegemilangan Islam berkurun lamanya pasca nubuwah.

 

Sayangnya hari ini, ramai daripada kalangan umat Islam hanya mematuhi aspek ritual keagamaan, sedangkan roh sebenar Islam untuk membentuk insan yang soleh dan musleh sering dikesampingkan. Akibatnya, pelbagai permasalahan timbul, sama ada dari sudut akhlak, sosial, ekonomi, politik dan sebagainya.

 

Lebih malang lagi, tindak tanduk sebahagian yang diberi amanah memimpin umat Islam juga tidak memberi cerminan sebenar Islam sebagai syariat yang benar dan mulia, menegak keadilan, menolak kezaliman, membela mereka yang tertindas dan memerlukan dan menjadi rahmat kepada seluruh alam.

 

Malahan, amalan rasuah, politik berkepentingan dan pecah amanah menjadi amalan sebahagian daripada pemimpin umat Islam. Akibatnya, perpecahan umat Islam terus berlarutan dan penyakit dan permasalahan yang timbul tidak dapat diselesaikan.

 

Sempena kedatangan tahun baru Hijrah kali ini, marilah kita memperbaharui azam untuk menghidupkan kembali sifat dan keperibadian Islam yang tulen dalam diri, keluarga dan masyarakat kita.

 

Musibah pandemik Covid-19 berserta krisis-krisis politik, ekonomi dan sosial yang melanda sewajarnya menjadi peringatan besar bagi umat Islam di negara kita untuk kembali menghayati ajaran Islam yang sebenar.

 

Semoga dengan keazaman dan iltizam yang tinggi, umat Islam di negara ini dapat menghayati Islam sebagai manhaj hidup rabbani yang dirasai kesan, nikmat dan keberkatannya oleh semua yang berada di sekeliling kita.

 

Seterusnya, dengan penghayatan Islam yang benar dan tulen, umat Islam dapat memainkan peranan utama dalam membina negara yang adil, aman makmur, harmoni dan bersatu padu dalam kalangan masyarakat majmuk di bumi Malaysia yang tercinta.

 

Firman Allah SWT:

“Tidaklah Kami mengutuskan kamu wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat kepada sekalian alam.” (Surah al-Anbiyaa’: 107)

 

“Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti”

Selamat menyambut Maal Hijrah 1443H.

 

Ahli Jawatankuasa Pusat
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia