Pelbagai inisiatif IKRAM Malaysia untuk bersama memberi khidmat dalam masyarakat dan membangun sebuah Negara RAHMAH
Hidayah Centre Foundation adalah sebuah institusi yang berkhidmat membina hubungan antara pelbagai komuniti yang berbeza etnik dan latar belakang agama di Malaysia serta memperkasakan mualaf.
Humanitarian Care Malaysia Berhad adalah sebuah institusi bertujuan untuk memberi bantuan dan menyantuni umat Islam di seluruh dunia.
Yayasan Ikram Malaysia ditubuhkan untuk memberi tumpuan dalam aspek agama, pendidikan, sosial, kebajikan/khairat dan pembangunan lestari rakyat Malaysia.
Persatuan Kesihatan Malaysia (IKRAM Health) merupakan sebuah NGO yang terdiri daripada mereka yang terlibat dalam industri kesihatan.
Pertubuhan Teratak Rahmah Wanita Islam (TERATAI) menfokuskan kepada usaha advokasi berkaitan keganasan rumah tangga serta memberikan khidmat rumah perlindungan kepada wanita dan kanak-kanak yang terkesan.
Pendidikan Ikram Musleh Berhad bertujuan memperkasa sistem pendidikan Islam di peringkat rendah dan menengah untuk menjana generasi rabbani melalui pendidikan holistik dan pengurusan yang profesional.
IKRAM Legal adalah sebuah platform khusus bagi ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang berlatar belakang undang-undang dan/atau Syariah untuk beraktivisme dalam bidang perundangan.
Psikospiritual IKRAM bertujuan mengumpulkan ahli-ahli yang pakar juga yang sedang dalam proses menjadi pakar dalam bidang-bidang psikologi, psikiatri, kaunseling, kerja sosial dan pendidikan khas.
BELIA HARMONI memfokuskan mahasiswa yang berperanan menjana perubahan (Islah) masyarakat kampus melalui dakwah dan tarbiah, mendepani isu-isu semasa mahasiswa di peringkat nasional dan antarabangsa serta membina pemimpin ummah masa depan.
Pertubuhan Ilmuwan dan Cendekiawan Muslim Malaysia merupakan platform jaringan yang mengumpulkan para pemikir dan cerdik pandai berlatar belakangkan bidang Pengajian Islam untuk beraktivisme dalam bidang keilmuwan Islam.
© 2009 – 2023 Pertubuhan IKRAM Malaysia
Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia