Kami mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan kejam tanpa prikemanusiaan pasukan keamanan dan tentera Mesir yang telah mengorbankan lebih dari 2000 nyawa ( sumber Al Quds TV ) Ā serta ribuan kecederaan orang awam termasuk kanak-kanak dan kaum wanita di dalam perhimpunan aman di beberapa tempat khasnya di Dataran Rabaah Adawiyyah dan Dataran Nahdah, Kaherah di Mesir sehingga kini
Ketua tentera Jeneral Abdul Fattah al-Sisi, tentera dan Kerajaan tidak sah Ā mesti bertanggungjawab sepenuhnya segala tindakan melampau mereka. Tugas pihak tentera adalah untuk menjaga keselamatan rakyat dan bukan sebaliknya.
Tindakan kerajaan tidak sah Al-Sisi yang mengisytiharkan pemerintahan darurat selama sebulan adalah bertentangan dengan prinsip demokrasi dan perlu dibubarkan segera.
Kami menyeru kerajaan dan rakyat Ā Malaysia menggunakan seluruh pengaruh politik dan diplomatik untuk memberi tekanan kepada pihak tentera Mesir untuk menghentikan pembunuhan dan kekejaman terhadap penunjuk perasaan yang berhimpun secara aman yang menuntut hak demokrasi mereka.
Kami juga meminta kerajaan Malaysia mempengaruhi Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) agar mengkaji semula keahlian Mesir dalam OIC jika tentera enggan untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai dan Presiden yang sah dan dipilih secara demokratik di Mesir dikembalikan ke kedudukannya yang asal.
Mewakili 102 Pertubuhan āPertubuhan di Malaysia