Kenyataan Bersama Badan Bertindak Bantah TPPA

Kedaulatan Nasional dan Ruang Polisi Negara-Negara TPPA: Pelbagai bab dalam perjanjian TPPA ini menghadkan ruang untuk kerajaan menggubal polisi-polisi demi kepentingan masyarakat, termasuklah bab pelaburan dan kepatuhan terhadap peraturan-peraturan sedia ada. Penyelesaian Pertikaian Pelabur – Negara (ISDS) dan Penyelesaian Pertikaian Negara-Negara (ISDS) adalah antara cara bagaimana TPPA menganugerahkan kuasa kepada syarikat antarabangsa (MNCs) untuk mereka mengenepikan dan meredah sistem perundangan negara dengan mereka boleh menuntut pampasan kewangan tanpa had melalui tribunal timbang-tara antarabangsa.
Akses Terhadap Ubat-ubatan: Amerika Syarikat telah mencadangakan peraturan yang mana jika diterima akan memudahkan syarikat-syarikat gergasi dalam bidang farmasi memperoleh tempoh paten ubatan yang lebih lama. Ini akan menyebabkan kesukaran atau kelewatan akses terhadap ubatan generic mampu milik seperti ubatan untuk kanser, HIV dan ubatan penting yang lain serta menaikkan harga ubat-ubatan.
Akses Terhadap Ilmu Pengetahuan: Seperti mana langkah-langkah perlindungan harta intelek TPPA akan menyebabkan ubatan dan rawatan menjadi lebih mahal kepada rakyat, aktiviti pembelajaran dan penyelidikan negara-negara TPPA juga boleh terjejas dengan peningkatan kos apabila undang-undang hakcipta menjadi lebih ketat termasuklah hak-hak digital yang dikongsi bersama seperti Internet.
Perlindungan Terhadap Alam: Negara-negara TPPA didesak untuk bersetuju terhadap polisi yang menjurus kearah pro-industri, kawalan perundangan alam sekitar secara peribadi (self-regulated), kesukaran perpindahan teknologi mesra alam and langkah-langkah perlindungan pelaburan yang mendedahkan Malaysia kepada ancaman korporat terhadap polisi-polisi alam sekitar seperti mana yang telah dihadapi oleh negara-negara lain.
Hakhak Pekerja: Terdapat cadangan untuk menafikan langkah kerajaan memberikan perlindungan yang lebih baik terhadap pekerja (seperti gaji minima dan piawaian kesihatan dan keselamatan) yang sedang dilaksanakan dan melarang arahan untuk perlaksanaan latihan dan syarat-syarat pengambilan pekerja oleh syarikat luar.
Industri Kecil Dan Sederhana: Tindakan TPPA untuk mewujudkan pasaran bebas dan merendahakan tariff akan menyebabkan semua sektor yang berkaitan kehilangan pekerjaan secara mendadak. Ini menyebabkan penurunan gaji dan meningkatkan jurang ekonomi kaya – miskin. Penurunan tariff akan memberi kesan besar kepada 300,000 petani dari negeri-negeri utara , mereka akan terpaksa berhadapan dengan persaingan yang tidak saksama dengan pengeksport produk pertanian dari negara-negara TPPA seperti AS, Kanada dan Jepun – yang tidak akan mengurangkan susidi kepada petani mereka. Malaysia akan mengalami nasib buruk seperti Mexico melalui North American Free Trade Agreement dengan AS yang menyaksikan kehilangan sebanyak tiga juta daripada sepuluh juta pekerjaan dalam bidang pertanian.
Perjanjian TPP ini jelas memihak kepada aspirasi tamak komersial sejumlah kecil syarikat multinasional (MNCs) yang akan mendapat manfaat maksimum tanpa-ambil-peduli kebimbangan masyarakat dan rakyat jelata di 12 negara TPPA terhadap kebajikan dan masa depan rakyat yang terancam.
TPPA bukan satu perjanjian yang adil dan juga bukan bebas tetapi hanyalah satu alat untuk memastikan perlindungan dan keutamaan diberikan kepada kepentingan korporat dengan mengenepikan kepentingan rakyat dalam hal kebajikan, keselamatan dan sosio-ekonomi. Intipati cadangan-cadangan dalam TPPA lebih mengutamakan peranan syarikat multinasional dan menafikan ruang kerajaan untuk bertindak demi kepentingan rakyat dalam hal menetapkan undang-undang dan peraturan.
Kami, Badan Bertindak Bantah TPPA dengan ini menuntut kerajaan Malaysia menunda penglibatannya dalam rundingan ini sehinggalah :
  • Analisis kos-dan-manfaat (cost-and-benefit) dan kajian perbandingan faedah (comparative advantage study) dilaksanakan, diumumkan dan diperdebatkan kepada awam.
  • Teks perjanjian dikaji selidik dan ditimbang tara oleh parlimen untuk mewajarkan TPPA sebagai bermanfaat terhadap rakyat Malaysia.
  • Segala kebimbangan yang berkenaan diketengahkan dalam cadangan dan pendirian Malaysia dalam perundingan TPPA.
  • Sebuah referendum dibuat untuk menentukan tahap sokongan rakyat Malaysia terhadap keputusan kerajaan untuk menandatangani perjanjian ini.
Persidangan kali ke-18 perwakilan negara-negara TPPA sedang berlangsung di Sabah, di No. 1 Sutera Harbor Boulevard, Kota Kinabalu. Wakil daripada 12 negara Asia sedang berunding dengan delegasi Amerika 15 – 25 Julai 2013. Kami menuntut sikap telus kerajaan dan kami mahu kebimbangan rakyat dibawa masuk ke dalam persidangan atau batalkan sahaja perjanjian ini.
Kami Badan Bertindak Bantah TPPA (Bantah TPPA) menyeru Rakyat Malaysia untuk berkumpul secara aman pada 19 Julai 2013 dalam himpunan bantah TPPA di Masjid Wilayah Persekutuan selepas solat Jumaat jam 2.15 petang sebelum bersama bergerak ke Kementerian Perdangangan Dalam Negeri (MITI) untuk menyerahkan Memorandum bantahan.
Badan Bertindak Bantah TPPA
Jurucakap – Azlan Awang (019 2809529) [email protected]

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia