Misi kemanusiaan IKRAM For Syria (i4S) 26 Julai – 3 Ogos 2013

Ketibaan Ramadhan Al-Mubarak  sewajarnya mendorong kita untuk membantu saudara seagama kita yang ditindas dan dizalimi di bumi barakah itu. Oleh itu, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) melalui wadah kemanusiaan khusus untuk Syria iaitu IKRAM For Syria (i4S) akan mengadakan misi kemanusiaan pertama ke Syria yang dijadual bertolak pada  27 Julai dan kembali pada  3 Ogos 2013.

Objektif misi ini adalah untuk menyalurkan bantuan segera khususnya  perubatan dan makanan untuk pelarian Syria, membuat liputan media dan dokumentari di kawasan terbabit terutama di khemah pelarian serta membuat tinjauan dan membuat kajian bidang yang boleh diusahakan bagi membantu rakyat Syria. Anggota Misi i4S akan bertolak pada 27 Julai hingga 3 Ogos 2013 dari KLIA ke Istanbul dan seterusnya menuju Gaziantep, Turki melalui perjalanan udara. Dari Gaziantep, anggota misi kemudian akan mengikuti jalan darat menuju bandar Kilis, Turki di sempadan Syria-Turki.

Terkini, anggota misi yang terlibat ialah Dr Mohd Tahir Abdul Rahman sebagai ketua misi (foto), Naim Jusri, Noorsyazly Ramely, Muhamad Zulkarnain Jamaluddin, Dr Muhammad Munawar Mohamed Hatta, Dr Noor Azizah Tahir dan Puan Faridah Maludin. Di sempadan Turki-Syria, anggota misi akan menyampaikan bantuan berupa wang tunai dan bantuan lain secara langsung di khemah pelarian atau melalui NGO terbabit.

Mereka akan turut melawat khemah pelarian, hospital serta NGO yang menguruskan urusan bantuan kemanusiaan bagi meninjau bidang yang boleh i4S salurkan bantuan. Di samping itu, mereka akan melakukan penelitian dan kajian langsung keadaan terkini di Syria dengan dokumentasi dan dokumentari media.

Dengan sasaran RM1 juta bantuan untuk dibawa ke Syria, IKRAM For Syria (i4S) mengharapkan sumbangan anda semua melalui Tabung Kasih Ummah Syria ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Pertubuhan IKRAM Malaysia 1202-9010-0635-12 sempena bulan Ramadhan yang mulia. Semoga bantuan dan doa anda membawa sinar harapan dan kemenangan untuk rakyat Syria, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia