Ibu hamil hati-hati!

Berita penyanyi Siti Sarah Raissuddin dijemput Ilahi saat hening subuh tanggal 9 Ogos 2021 benar-benar meruntun hati warga negara.

 

Selang beberapa hari setelah disahkan positif Covid-19 pada 25 Julai 2021, almarhumah yang ketika itu sarat mengandung telah dimasukkan ke dalam wad ICU.

 

Pembedahan terpaksa dilakukan pada 6 Ogos 2021 demi menyelamatkan kandungan yang bakal dilahirkan yang ketika itu baru berusia tujuh bulan. Almarhumah telah meninggalkan empat orang anak kecil yang masih dahagakan kasih sayang seorang ibu. 

 

Terdahulu, seorang bayi berusia 30 minggu telah meninggal dunia dalam kandungan ibunya yang positif Covid-19 pada 23 Mei 2021 yang lalu. Walau bagaimanapun, ujian saringan Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) yang dilakukan oleh pihak hospital mendapati bayi tersebut adalah negatif Covid-19. 

 

Ini merupakan antara beberapa peristiwa sedih melibatkan ibu hamil dan kandungan mereka yang terkesan dengan serangan virus Covid-19 dalam negara. Statistik menunjukkan sejumlah 3,396 kes Covid-19 telah direkodkan dalam kalangan ibu hamil di negara ini sejak Mac 2020 hingga Jun 2021.

 

11821-1

Statistik Kes Kematian Covid-19 Ibu Hamil (Mac 2020 – Jun 2021)

 

Angka ini menyamai 1 peratus daripada jumlah keseluruhan ibu hamil yang direkodkan dalam negara. Menurut Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sejak Oktober 2020 bilangan puratanya telah mencecah 200 kes setiap bulan dengan bulan Jun 2021 mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 899 kes. 

 

Sementara itu, peratusan ibu hamil positif Covid-19 yang menerima penjagaan rawatan rapi semakin meningkat.

 

Data pada 7 Ogos 2021 menunjukkan 5.3 peratus daripada ibu hamil yang positif Covid-19 menerima penjagaan rawatan rapi melibatkan peningkatan sebanyak 77 peratus dalam masa kurang dari sebulan.

 

Lebih menakutkan, 5 peratus daripada jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang menerima rawatan rapi adalah kalangan ibu hamil. 

 

Sejak Januari 2021 hingga 9 Ogos 2021, sebanyak 70 kes kematian melibatkan ibu hamil positif Covid-19 telah dilaporkan. Jumlah tertinggi yang pernah direkodkan dalam satu-satu bulan ialah pada Jun 2021 iaitu sebanyak 17 kes kematian. 

 

Menurut KKM lagi, setakat 8 Ogos 2021, seramai 146,759 ibu hamil telah mendaftar bagi mendapatkan vaksin Covid-19. Jumlah ini hanyalah 40 peratus daripada rekod keseluruhan ibu hamil yang dikenal pasti.

 

Mungkin ramai ibu hamil yang gusar dengan keselamatan kandungan dan diri mereka jika mengambil vaksin Covid-19. Sumber laman web KKM menyebut, ibu hamil boleh mengambil vaksin Covid-19 bermula dari minggu ke-14 sehingga minggu ke-33 kehamilan.

 

KKM juga menasihatkan jika para ibu yang mendapat suntikan pertama vaksin Covid-19 jenis AstraZeneca sebelum disahkan hamil untuk mendapatkan dos kedua 14 minggu selepas dos pertama.

 

Bagi vaksin Covid-19 jenis Sinovac pula, jika para ibu disahkan hamil setelah mendapat dos pertama, adalah disyorkan untuk mendapatkan dos kedua setelah usia kandungan melepasi 14 minggu. 

 

Keselamatan dan kesejahteraan ibu hamil adalah sangat penting kerana mereka termasuk dalamgolongan berisiko tinggi. Mudarat yang berlaku bukan hanya melibatkan satu nyawa, bahkan dua atau lebih nyawa jika kandungannya adalah kembar.

 

Sehubungan itu amat penting kesemua pasangan yang sudah berkahwin untuk mengambil maklum vaksin Covid-19 tidak memudaratkan mereka jika si isteri disahkan hamil.

 

Penting juga mereka mengetahui prasyarat pengambilan dos kedua seperti yang telah diumumkan oleh laman web rasmi KKM. Tanggungjawab ini tidak tertakluk kepada para isteri sahaja, malah perlu melibatkan komitmen dan kesungguhan tinggi para suami juga. 

 

Golongan para ibu hamil adalah mereka yang bakal melahirkan generasi masa depan negara. Mereka sanggup berkorban melalui kesusahan demi kesenangan orang lain. Jadi, marilah kita menghargai para ibu dengan bersama-sama memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka.

 

Muhannad Jamil
Perunding Takaful
Aktivis IKRAM Negeri Sembilan

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia