Rayuan Ramadhan: RM250,000 sedang diagihkan

2. Agihan di dalam negara melibatkan tajaan berbuka puasa untuk anak yatim, fakir miskin, saudara baru, ibu tunggal yang dilaksanakan melalui Jawatankuasa Khidmat Masyarakat IKRAM Negeri dan Daerah dengan kerjasama masjid-masjid dan juga persatuan penduduk tempatan di seluruh negara.

3. Agihan ke luar negara pula melibatkan sebanyak 15 buah negara dengan melibatkan jumlah sebanyak RM125,000 juga. Negara-negara tersebut ialah Afghanistan, Bangladesh, Filipina, Indonesia, Iraq, Kemboja, Lubnan, Myanmar, Palestin, Pakistan, Sri Lanka, Sudan, Syria, Thailand dan Vietnam.

4. Perlaksanaan tajaan berbuka puasa di luar negara ini akan dilaksanakan melalui NGO­-NGO yang telah menandatangani MoU dengan pihak kami.

5. Pihak Sekretariat Rayuan Ramadhan IKRAM merasa amat bersyukur kepada Allah swt dan berterima kasih kepada para penyumbang budiman yang telah pun menyumbang untuk menaja program berbuka puasa bagi umat Islam yang lebih memerlukan di 15 buah negara yang terpilih di seluruh dunia.

6. Akhir sekali, pihak kami menyeru seluruh rakyat Malaysia agar meneruskan sumbangan kepada mereka yang lebih memerlukan ini agar lebih ramai lagi umat Islam mendapat tajaan berbuka puasa dan mencapai sasaran 100,000 orang penerima pada Ramadhan kali ini. Sumbangan dalam bentuk sedekah masih diterima selepas 20 Ramadhan dan akan diagihkan dalam bulan Ramadhan atau selepas Hari Raya Aidil Fitri untuk mereka yang lebih memerlukan.

7. “Barang siapa memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikitpun daripada pahalanya.” [Riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi].

Firman-Nya “Barangsiapa membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya; dan barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan)”. (QS Al‑An’am : 160).

Oleh itu marilah kita semua berlumba-lumba membuat kebaikan dan mengejar ganjaran di bulan Ramadhan!


Hj Nahar Md Nor

Pengarah Program Rayuan Ramadhan 1434H

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia