Ketegasan Imam Abu Hanifah terhadap pemerintah zalim

Imam asy-Syaibani ada menyebutkan bahawa:

“Jika diukur berat pengetahuan yang dimiliki oleh imam Abu Hanifah dengan pengetahuan manusia yang hidup bersamanya, nescaya ilmunya memiliki kadar timbangan yang lebih berbanding mereka.”

 

Beginilah ketokohan imam Abu Hanifah dalam bidang kelimuan dan telah diiktiraf oleh ramai ulama. Nama penuh Abu Hanifah ialah Muhammad Nu’man bin Tsabit bin Zuta dan berasal dari keturunan Parsi.

 

Imam Abu Hanifah ini dikurniakan umur yang panjang sehingga beliau sempat merasakan berada dalam pemerintahan Umaiyah dan Abbasiyah. Terlalu banyak konflik yang berlaku antara beliau dan pemerintah pada zamannya sehinggakan Imam Abu Hanifah terpaksa melawan mereka atas kezaliman yang telah dilakukan.

 

Ketika akhir pemerintahan Umaiyah, telah berlaku banyak masalah dan kezaliman ketika itu. Ketika itu juga berlaku pertembungan politik antara Alawiyyin (keturunan Ali) dan Umaiyah. Oleh kerana kerajaan Umaiyah ketika itu banyak melakukan kezaliman, maka banyak pendapat Imam Abu Hanifah tidak menyebelahi pemerintah Umaiyah.

 

Oleh kerana itu, Imam Abu Hanifah sentiasa diperhatikan pemerintah untuk melihat tindak-tanduk beliau. Pemerintah Umaiyah Ketika itu juga pernah cuba untuk merasuah beliau dengan memberikan jawatan yang tinggi, tetapi atas integriti yang tinggi beliau menolah mentah-mentah pelawaan tersebut dan beliau diugut untuk dipenjara dan diseksa.

 

Imam Abu Hanifah diseksa dengan sangat teruk dalam penjara sehingga beliau menjadi lemah longlai dan akhirnya berjaya melarikan diri dengan bantuan sahabatnya dan menetap di Mekah.

 

Selepas berakhir zaman Umaiyah memerintah, Imam Abu Hanifah merasakan pada awalnya kerajaan ini memerintah dengan baik. Apabila pemimpin telah bersilih ganti, telah berlaku juga kezaliman dan penindasan dalam kerajaan ini.

 

Imam Abu Hanifah menentang kerajaan Abbasiyah ini melalui kritikan dan kadang-kadang disebut ketika beliau sedang mengajar. Kerajaan Ketika itu sentiasa mengawasi dan menunggu masa yang sesuai untuk menghukum beliau.

 

Beliau telah ditawarkan dengan jawatan tinggi yang pelbagai, namun beliau tetap menolak perkara tersebut. Ini akhirnya menyebabkan beliau telah ditangkap dan diseksa. Ada juga yang mengatakan beliau hanya ditangkap tanpa diseksa.

 

Semakin hari kesihatan Imam Abu Hanifah semakin memburuk dan petugas penjara risau jika setelah beliau keluar penjara, beliau akan menceritakan layanan buruk terhadap beliau. Maka disebabkan itu, beliau telah diberi racun yang sangat kuat sehingga mampu membunuh beliau.

 

Imam Abu Hanifah dikeluarkan selepas beliau dalam keadaan yang sangat tenat kerana racun dan beliau tidak akan mampu bercerita tentang apa yang dilalui dalam penjara. Akhirnya beliau meninggal dunia pada bulan Rejab ketika berumur 68 tahun, ada juga yang mengatakan 70 tahun.

 

Beginilah Imam Abu Hanifah yang melawan pemerintah yang zalim pada zamannya sehingga beliau mati kerana ingin berkata benar kepada pemerintah. Beliau sering menolak untuk bersekongkol dengan pemerintah kerana beliau percaya lambat-laun beliau pasti akan digunakan oleh pemerintah untuk menghalalkan perbuatan mereka.

 

Perkara ini wajib ada dalam setiap jiwa para agamawan khususnya dan seluruh rakyat amnya kerana jika tidak, pasti mereka akan digunakan untuk menghalalkan perbuatan pemerintah. 

 

Irham Masiri

Rujukan:
10 tokoh cedekiawan Pendidikan islam
http://eprints.walisongo.ac.id/id/eprint/6791/4/BAB%20III.pdf
https://www.academia.edu/4904149/RINGKASAN_RIWAYAT_HIDUP_4_IMAM_PENGASAS_MAZHAB
http://repository.uin-suska.ac.id/7227/3/BAB%20II.pdf

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia