
Hentikan gangguan seksual di sekolah

Baru-baru ini kita dikejutkan di media sosial dengan aduan daripada seorang pelajar perempuan mengenai lawak rogol yang diutarakan oleh seorang guru PJK sewaktu berdiskusi perihal gangguan seksual. Lawak tersebut mendapat sambutan daripada rakan sekelasnya yang lain khususnya dalam kalangan pelajar lelaki.














