Rogol bukan bahan lawak

Baru-baru ini, telah menjadi satu isu yang hangat apabila seorang remaja perempuan telah menyuarakan ketidakpuasan hati serta bangkit memperjuangkan haknya sebagai seorang perempuan apabila seorang guru lelaki di sekolah melawak menggunakan terma rogol.

 

Kata guru tersebut kepada pelajar-pelajar lelaki, “Korang kalau nak rogol, rogollah orang 18 tahun ke atas, jangan yang 18 tahun ke bawah.” Ini telah menimbulkan rasa marah pelajar-pelajar perempuan yang turut mendengarnya. Barangkali, guru tersebut tidak tahu membezakan bahan yang boleh dibuat lawak dengan perkara serius.

 

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya tidak ada sesuatu apa pun yang paling berat di timbangan kebaikan seorang mukmin pada hari kiamat seperti akhlak yang mulia, dan sungguh-sungguh (benar-benar) Allah benci dengan orang yang lisannya kotor dan kasar.” (Hadis Riwayat Tirmidzi, No. 2002)

 

Jelas di sini, kita dilarang sama sekali daripada bercakap dengan bahasa yang kotor dan kasar. Rogol adalah perkara keji dan tidak bermoral, sememangnya tidak patut dijadikan bahan lawak. Rogol adalah satu tindakan menzalimi orang yang bukan hanya memberi kesan negatif kepada mangsa tetapi juga keluarga mangsa.

 

Menjadikan rogol sebagai bahan lawak boleh menimbulkan pelbagai isu serius, antaranya ia boleh menjejaskan kesihatan mental seseorang. Merujuk Mental Health Handbook (2019), antara golongan yang berisiko tinggi untuk menghidap masalah mental adalah golongan yang mempunyai pengalaman hidup traumatik.

 

Tanpa pengetahuan kita, ada mangsa-mangsa di luar sana yang sedang berjuang mengatasi trauma mereka, namun sekiranya beginilah situasi sekarang yang mana rogol dinormalisasikan secara halus melalui gurau senda, keadaan akan menjadi bertambah sukar bagi mereka untuk pulih. Bergurau menggunakan rogol ini pencetus (trigger) kepada kisah hitam yang pernah dilalui.

 

Selain itu, sekiranya perkara ini dibiarkan tanpa ada tindakan susulan ke atas guru yang melawak menggunakan terma ‘rogol’ dan pelajar lelaki yang mengugut untuk merogol pelajar perempuan tadi, ia secara tidak langsung telah memberi ‘lampu hijau’ (keizinan) kepada masyarakat untuk menggunakan perkataan rogol mahupun perkataan lucah lain dalam perbualan mereka atas nama gurauan.

 

Apakah ini yang dimahukan daripada generasi akan datang? Generasi yang menggunakan bahasa kasar dan kotor dalam perbualan? Generasi yang tidak tahu membezakan isu serius dengan hal boleh dibuat lawak?

 

Kesimpulannya, tindakan menggunakan rogol sebagai bahan gurauan adalah tindakan tidak bermoral yang boleh memberi kesan di peringkat keluarga, sekolah, masyarakat dan negara. Tindakan yang serius perlu diambil ke atas mereka yang melanggar budaya negara Malaysia yang terkenal dengan sikap sopan santun dan lemah lembut agar imej negara terpelihara.

 

Muneera Lukman Hakim
Mahasiswa Psikologi Pendidikan, USM

 

Rujukan:

Mental Health Handbook. (2019). Diambil dari lawan sesawang https://www.myhealthmylife.com.my/sites/default/files/2019-12/Mental_Health_Booklet_181119.pdf

Hadis No. 2002. Diambil dari laman sesawang https://sunnah.com/tirmidhi:2002

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia