Hentikan gangguan seksual di sekolah

Apabila isu ini  dibawakan kepada guru kaunseling, guru tersebut mengatakan bahawa ia hanya gurauan biasa semata-mata. Setelah isu ini menjadi tular di media sosial, pelajar tersebut telah diugut juga oleh rakan sekelasnya untuk dirogol kerana mengangkat isu ini.

Menjadi lebih keruh, apabila terdapat juga netizen yang menyokong tindakan guru tersebut. Ada yang mengatakan bahawa lawak dewasa adalah keperluan untuk mengakrabkan lagi hubungan sesama dengan pelajar dan guru.

Ada juga pihak yang cuba untuk menjustifikasikan bahawa nasihat guru tersebut adalah wajar kerana perbuatan merogol perempuan 17 tahun ke bawah akan mendatangkan komplikasi undang-undang tetapi jika mangsa adalah 18 tahun ke atas ia adalah lebih mudah.  

Lebih membimbangkan lagi apabila Timbalan Ketua Polis Negara sendiri mengakui bahawa ugutan rogol tersebut hanyalah gurauan rakan sedarjah semata-mata.

Kenapa isu ini sangat serius dan perlu diberi perhatian?

Masalah rogol bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan bahan jenaka. Mangsa rogol akan dihantui dengan trauma, ketakutan, sentiasa berasa tidak selamat dan pelbagai lagi masalah. Satu daripada tiga mangsa rogol mempunyai kecenderungan dan merancang untuk membunuh diri manakala 13 peratus akan membuat cubaan membunuh diri.

Apakah perkaitan ini dengan lawak rogol?

Perkara ini sebenarnya termasuk dalam satu garis perubahan tindakan dalam budaya menormalisasikan rogol (rape culture). Bermula dengan proses menormalisasikan lawak rogol, seksisme dan catcalling. Ia akan memburukkan lagi penerimaan ‘rape myth’, iaitu persepsi dan tanggapan yang salah terhadap masalah rogol seperti menyalahkan dan memalukan mangsa, manipulasi dan ugutan. Sehinggalah kemuncaknya berlaku serangan iaitu kelakuan rogol.

Memang tidak dapat dibayangkan perkara sekecil lawak rogol dapat untuk menyebabkan impak seteruk itu, tetapi kajian daripada Washington & Jefferson College telah menunjukkan lawak rogol dapat untuk meningkatkan penerimaan ‘rape myth’. Hal ini adalah selangkah dalam mendekati  perbuatan merogol.

Kesan lawak rogol tidak terhenti hanya di situ, ia juga menjejaskan psikologi pelajar. Satu kajian telah dijalankan dalam kalangan pelajar 11, 13 dan 15 tahun di Sweden untuk mengenal pasti hubungan antara pendedahan kepada lawak seksual dengan kadar aduan psikologi pelajar.

Hasil kajian itu menunjukkan pelajar yang terdedah dengan lawak seksual mempunyai kadar aduan masalah psikologi yang tinggi. Manakala, pelajar yang terdedah secara tidak langsung juga mendapat kesan negatif daripadanya. Aduan masalah psikologi ini adalah termasuk stres, tekanan jiwa, kemurungan dan paranoia.

Persoalan yang masih belum terjawab daripada isu ini adalah sejak bilakah tingkah laku membuat lawak rogol dilihatkan sebagai norma? Sejak bilakah tingkah laku membuat ugutan rogol dilihat sebagai gurauan?

Sebenarnya masalah ini sudah lama berlaku, tetapi pelajar sering  berdiam diri apabila berhadapan dengan masalah ini. Terma yang lebih tepat untuk menerangkan situasi yang berlaku ialah gangguan seksual, kerana ia merangkumi terhadap masalah lawak rogol dan mengugut untuk melakukan perbuatan merogol.

Alasan pertama kenapa pelajar sering senyap ialah kerana kurang kesedaran bahawa gangguan yang dihadapi di sekolah adalah perkara yang salah. Terma gangguan seksual tidak hanya tertakluk kepada gangguan fizikal tetapi juga merangkumi gangguan lisan seperti lawak seksual, komen seksual terhadap tubuh badan, isyarat seksual dan sentuhan yang tidak diingini.

Kedua, kegagalan sekolah dalam menangani isu ini secara berkesan. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan perkara ini antaranya adalah kecenderungan sekolah untuk menjaga imej berbanding mengakui kesalahan dan kepentingan mengekalkan guru yang bermasalah kerana guru itu mempunyai prestasi yang cemerlang. Perkara ini dibuktikan berlaku apabila masalah-masalah ini masih lagi sering berlaku di sekolah.

Ketiga, masalah kemaskulinan beracun yang berlaku dalam masyarakat. Stereotaip yang sering berlaku ialah apabila pelajar lelaki merasakan mereka lebih dominan berbanding pelajar perempuan.

Mereka merasakan boleh untuk melakukan gangguan seksual kerana perempuan adalah lebih lemah. Perkara ini dibuktikan dalam kajian oleh University of Aberdeen bahawa kemaskulinan beracun ini mempertingkatkan gangguan seksual.  

Justeru, bagi mengurangkan masalah ini, setiap pihak harus memainkan peranan dalam ingin mengekang penularan masalah ini.

Pentadbiran sekolah hendaklah menjadi lebih bertanggungjawab dalam mendepani masalah gangguan seksual. Sifat keterbukaan dalam mengakui masalah yang berlaku adalah antara cara boleh lakukan untuk memupuk ketelusan di sekolah. Hatta, imej sekolah akan menjadi lebih baik apabila sekolah berjaya mengurangkan masalah ini daripada berlaku. 

Kita tidak boleh memilih bulu dalam ingin mengenakan tindakan dan guru yang bersalah sewajarnya dipertanggungjawabkan atas kesalahannya. Melalui cara ini, guru-guru juga akan berwaspada dalam perkataan yang ditutur dan perbuatan yang dilakukan.

Selain itu, perlu ditambahkan dalam silibus pembelajaran semasa mengenai penghormatan jantina. Pembelajaran ini merangkumi kepentingan untuk menghormati antara satu sama lain, peranan jantina, stereotaip yang bermasalah dan perkara-perkara yang boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual. 

Apabila pendekatan ini dijalankan, pelajar akan dapat lebih memahami tanggungjawab jantina masing-masing dan tidak memandang lebih hebat berbanding jantina lain. Tidak terhenti di situ, pelajar juga akan sedar mengenai batas-batas dalam pergaulan dan pemahanan mengenai gangguan seksual kerana harus diakui dalam keadaan semasa, pelajar tidak menyedari mereka sedang melakukan perkara tersebut.

Ketiga, galakkan pelajar untuk bersuara mengangkat isu dan membuat aduan. Melalui pembudayaan ini, pelajar dapat menjadi lebih kritikal dan lebih cakna mengenai perkara yang berlaku di sekeliling. 

Walaupun begitu, cadangan ini hendaklah disertakan sekali dengan ruangan selamat untuk pelajar membuat aduan yang bebas daripada ugutan guru dan pihak-pihak lain. Saluran yang boleh dicadangkan adalah pelajar membuat aduan kepada Persatuan Ibubapa Guru (PIBG) bagi tindakan susulan mengenai masalah tersebut.

Katakan tidak pada lawak rogol dan hentikan normalisasi budaya lawak lucah. Percayalah, persekitaran sekolah adalah antara perkara yang mempengaruhi pembentukan modal insan. Jadi, pastikan kita bertanggungjawab dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif dan selamat untuk para pelajar. 

Danial Farook
Aktivis Persatuan Belia Harmoni Malaysia
Pelajar Fakulti Pendidikan, UiTM

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia