Mualaf tidak keseorangan

Dalam majlis iftar anjuran Hidayah Centre Foundation (HCF) itu, seramai 250 orang mualaf termasuk ahli keluarga yang belum Islam telah dijemput untuk berbuka puasa bersama-sama.

 

Selain itu, Hidayah Centre Foundation (HCF) turut meraikan kira-kira 150 orang individu mahupun wakil syarikat yang menaja meja sebagai tanda menzahirkan sokongan terhadap usaha menyampaikan Islam dan pemerkasaan mualaf.

 

Majlis dimulakan dengan forum yang berkisar mengenai perkongsian kisah suka duka penghijrahan sebagai mualaf yang terdiri daripada panel jemputan iaitu Da’i Adam dan Puan Siti Aisyah Abdullah, manakala DJ Norhayati Paradi pula bertindak sebagai moderator forum tersebut.

 

Majlis diserikan dengan alunan ayat al-Quran surah al-Hujurat dari ayat 11-13 yang dibacakan terjemahannya dalam bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil oleh empat orang mualaf santunan HCF.

 

Seterusnya majlis berbuka puasa telah berlangsung diiringi alunan azan oleh Anas, penyampai radio Zayan. Sebahagian tetamu berbuka ringkas dan bergilir-gilir menunaikan solat maghrib terlebih dahulu dengan mengikuti garis panduan dan SOP yang telah ditetapkan.

 

Majlis iftar yang dirasmikan Pengerusi HCF, Ir Dr Muhammad Fuad Yeoh Abdullah juga menjemput Ikon Saudara Baru, Dato’ Mohd Chan Abdullah iaitu pemilik rangkaian restoran halal untuk memberikan ucapan dan berkongsi pengalaman dengan semua mualaf dan tetamu yang hadir.

 

Dalam majlis itu, Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia (BAKIT) turut menyampaikan cek sumbangan berjumlah RM5,000 kepada HCF.

 

Salah seorang mualaf yang ditemui, Aliya Zaneera Dheshmin telah menzahirkan rasa keterujaan dan gembira dapat menjalani ibadah puasa dan dijemput hadir ke MIPHC.

 

“Alhamdulillah. Saya berasa sangat gembira diberi peluang untuk hadir kali yang kedua selepas memeluk Islam. Saya dapat berjumpa dengan rakan-rakan mualaf yang lain dan dapat berkongsi pengalaman.”

“Perkara ini dapat memberikan semangat buat saya menempuhi kehidupan mendatang. Saya tidak rasa keseorangan.”

 

Beliau juga berhasrat untuk berkongsi kisah ini dengan ahli keluarga mengenai Hidayah Centre yang banyak membantu dan membimbingnya dalam memahami Islam.

 

“Betapa gembiranya saya dapat menjadi sebahagian dari keluarga HCF yang besar ini,” ujar Aliya.

 

Dalam majlis ini juga kesemua mualaf yang hadir menerima sumbangan duit raya yang telah disampaikan oleh Fuad Yeoh dan Ketua Pegawai Eksekutif HCF, Haji Nicholas Sylvester.

 

MIPHC merupakan program tahunan yang dianjurkan HCF dengan kerjasama BAKIT dan radio Zayan bertujuan untuk meraikan mualaf berbuka puasa pada bulan Ramadan ini.

 

Bagi mereka yang ingin menyumbang untuk kempen Sedekah Ramadan bagi membantu usaha-usaha menyampaikan Islam dan pemerkasaan mualaf oleh HCF, sila layari www.dahsedekah.com

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia