Harga Barang Naik: 7 Tip Untuk Orang Muda

Harga Barang Naik: 7 Tip Untuk Orang Muda | IKRAM

Inflasi, harga barang naik, ansuran bulanan naik dan macam-macam lagi tekanan kewangan yang memberi kesan kepada hidup orang muda pada hari ini. 

Sekiranya anda menghadapi cabaran untuk menguruskan kewangan, ini tujuh tip untuk membantu menguruskan kewangan anda:

1.   Semak semula perbelanjaan dan kenal pasti perbelanjaan yang boleh dikurangkan. Sebagai contoh, jika anda biasa belanja RM15 untuk membeli kopi setiap hari, cuba kurangkan kepada RM15 untuk setiap dua hari. Dengan sedikit perubahan dalam gaya hidup, anda mampu berjimat sehingga 50 peratus!

2.   Untuk belanja makan ketika waktu kerja, cubalah untuk berbelanja tidak lebih daripada RM15 untuk makan tengahari (atau malam, bagi yang bekerja malam), dan tidak lebih RM10 untuk sarapan. Lebih jimat jika anda boleh membeli sarapan bungkus, roti atau buah untuk sarapan, dan membancuh kopi atau teh di tempat kerja!

3.   Untuk data telefon bimbit, sekiranya anda sudah ada capaian kepada  broadband/wifi di rumah atau di pejabat, sepatutnya perbelanjaan data telefon anda sudah mencukupi dengan RM50 sebulan. Untuk penggunaan data yang banyak, anda seharusnya menggunakan broadband/wifi di rumah atau tempat kerja.

4.   Bagi yang biasa menukar telefon bimbit setiap kali keluar model terbaru, ubah tabiat anda. Gunalah telefon bimbit sedia ada selagi ia dalam keadaan yang baik. Telefon bimbit biasanya boleh bertahan selama dua tahun, malah lebih lama lagi jika anda menjaganya dengan baik.

5.   Bagi yang ingin tukar kereta, tangguh dahulu cita-cita itu melainkan kereta sekarang sudah tidak selamat untuk dipakai. Pembelian kereta akan mengurangkan rizab simpanan anda dan mengurangkan jumlah pendapatan bulanan yang boleh dibelanja (disposable income).  Rizab simpanan penting untuk menampung kos sara hidup yang meningkat dan sebagai bekalan apabila memerlukan.

6.   Bagi yang belum membeli rumah, tangguhkan dulu hasrat untuk membeli rumah melainkan anda mempunyai:

  • Pendapatan yang cukup untuk menampung kos sara hidup, termasuklah ansuran bulanan rumah yang bakal dibeli. 
  • Simpanan yang cukup untuk membayar deposit rumah (termasuk had yang dibenarkan daripada akaun KWSP) dan kos-kos berkaitan (kos duti setem, kos guaman dan lain-lain).

 

7.   Pastikan anda mempunyai simpanan yang boleh digunakan apabila perlu atau kecemasan. Simpanan penting untuk menampung belanja one-off yang berlaku setiap tahun seperti perbelanjaan musim perayaan, kelahiran anak dan lain-lain lagi. Anda juga perlu simpanan apabila berlaku kejadian di luar jangka, seperti kerosakan barang keperluan, kemalangan dan lain-lain.

Mudah-mudahan tip-tip di atas dapat membantu anda menguruskan kewangan peribadi dan keluarga dengan lebih baik! 

Mohammad Abdul Hamid
Ahli Jawatankuasa Pusat
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia