Pengikut wajib pastikan pemimpin di jalan lurus

Tanggungjawab perlu digalas dengan amanah dan teliti. Peluang menggapai cita-cita lebih terjamin sekiranya pemimpin mempunyai iltizam, kesungguhan dan kesabaran tinggi. Mustahil untuk berjaya dan menempa kegemilangan sekiranya pemimpin leka dan alpa menjalankan amanah.

 

Pemimpin juga perlu memiliki gabungan empat ciri utama, iaitu kekuatan kemahiran dan kompetensi bersesuaian (qawiy); beramanah serta berintegriti (amin); mampu memelihara (hafiz); serta berilmu, pengetahuan dan bijaksana (alim).

 

Bagaimana pula kepengikutan? Aspek kepengikutan jarang dibincangkan hingga kalimah itu janggal dan asing. Hakikatnya, setiap pemimpin dipilih, dilantik dan dilatih dalam kalangan pengikut berkebolehan, setia serta berkelayakan.

 

Setiap pemimpin hari ini sebenarnya pengikut kepada barisan kepemimpinan yang lebih tinggi kedudukan hierarkinya. Malah, tidak ada pemimpin jika tiada pengikut bersamanya.

 

Pengikut boleh mengambil kedudukan sama ada menjadi pengikut positif atau negatif. Kepengikutan positif merujuk sikap konstruktif dan membina yang sentiasa ditonjolkan apabila memberikan persetujuan ataupun bantahan kepada keputusan dibuat pemimpin. Ia bukan membabi buta dan taasub semata-mata.

 

Kepengikutan negatif dapat dilihat melalui bantahan dan desakan pengikut yang mengancam pemimpin serta sanggup meruntuhkan apa sudah terbina dengan baik.

 

Termasuk juga dalam kepengikutan negatif ini, sikap mendiamkan diri dan tidak bersuara untuk menyanggah pemimpin yang membuat keputusan salah, kurang tepat serta boleh merugikan.

 

Sebenarnya kepemimpinan dan kepengikutan mempunyai hubungan dinamik saling melengkapi. Apabila menelusuri sejarah hidup pemimpin ulung dunia, kita dapati mereka dikelilingi pengikut setia mendukung aspirasi.

 

Kedua-dua pihak ibarat cermin pantulan, saling bergantungan antara satu sama lain. Dalam kalangan pengikut setia, muncul pemimpin baharu yang bakal mewarisi legasi dan kegemilangan organisasi.

 

Profesor pengurusan perniagaan, Warren Bennis pernah menyatakan, “Semakin mendalam saya mengkaji pemimpin berkesan, semakin saya meyakini betapa kita tidak menghargai peranan penting kepengikutan yang berkesan selama ini.”

 

Keberkesanan pemimpin perlu diukur daripada keupayaannya mendidik, melatih dan menghasilkan pengikut berkesan. Itu mungkin naratif klise yang kerap didengari, tetapi peranan dimainkan pengikut berkesan sangat penting dan kritikal untuk mewarnai corak kepimpinan yang akan dipamerkan pemimpin.

 

Apabila pengikut mampu dan berani menyampaikan teguran membina serta muhasabah kepada pemimpin, akan wujud proses timbang tara yang memandu arah kepemimpinan kepada kesejahteraan.

 

Keseimbangan antara pemimpin membuka ruang luas untuk dimuhasabah dan ditegur kesilapannya dengan kewujudan golongan pengikut berani menegur kesalahan pemimpin dengan penuh hikmah dan bijaksana. Ia resipi kejayaan manusia dan organisasi.

 

Konsep syura, ukhuwah mantap dan disiplin tinggi mengikat pemimpin dengan kumpulan pengikutnya, ibarat aur dengan tebing – saling memperkuat.

 

Sejarah menyaksikan kehebatan dinamik kepemimpinan dan kepengikutan yang ditonjolkan Khulafa al-Rasyidin yang menerima didikan terus Nabi Muhammad SAW.

 

Ucapan sulung Sayidina Abu Bakar RA ketika dilantik sebagai khalifah pertama, beliau menegaskan, “Wahai manusia, sesungguhnya aku dipilih sebagai pemimpin kamu, padahal aku bukan orang terbaik antara kamu. Jika aku berbuat baik, sokonglah aku. Jika salah, luruskanlah aku.”

 

“Benar ialah amanat dan bohong adalah khianat. Orang lemah antara kamu adalah orang kuat di sisiku hingga aku mengembalikan haknya kepadanya dengan izin Allah SWT. Orang kuat antara kamu adalah orang lemah di sisiku, sehingga aku mengambil hak untuk yang lemah daripadanya dengan izin Allah SWT.”

 

Abu Bakar menggalas amanah kepemimpinan dengan penuh tawaduk. Beliau meminta pengikutnya sentiasa memerhatikan tingkah laku dan perbuatannya. Beliau mengingatkan tanggungjawab utama pengikut adalah memastikan pemimpin sentiasa berada atas jalan lurus dan benar.

 

Selanjutnya, keadilan sosial ialah agenda utama kepemimpinan beliau apabila orang lemah sentiasa terbela dan orang kuat tidak dibiarkan menindas serta menzalimi golongan lemah.

 

Malah, seorang lelaki memperingatkan khalifah kedua, Sayidina Umar al-Khattab RA: “Bertakwalah kepada Allah, wahai Umar!” Salah seorang hadirin membantah, “Berani kamu berkata demikian kepada Amirul Mukminin!” Namun Umar menjawab: “Tiada kebaikan bagi kamu (sebagai pengikut) jika kamu tidak menyatakan pesananmu dan tiada kebaikan bagi kami (sebagai pemimpin) jika kami enggan mendengar pesanan itu.”

 

Setiap ahli masyarakat sama ada pemimpin atau pengikut harus melaksanakan tanggungjawab dan amanah untuk memastikan setiap pihak berada atas landasan benar demi kesejahteraan.

 

Prof Datuk Dr Harlina Halizah Siraj
Ahli Dewan Perwakilan Nasional
Pertubuhan IKRAM Malaysia

*Artikel ini telah diterbitkan dalam akhbar Berita Harian

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia