Perintah Khidmat Masyarakat Terap Nilai Kerohanian

Perintah Khidmat Masyarakat Terap Nilai Kerohanian | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam kenyataannya memaklumkan bahawa program Perintah Khidmat Masyarakat diperkasa dengan penerapan nilai-nilai kerohanian dalam pelaksanaannya menerusi pelancaran Program Ilmu dan Bakti.

“Ia dilaksanakan secara kolaborasi antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui JKM dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).”

Ia berkata, Perintah Khidmat Masyarakat merupakan program yang dilaksanakan dengan matlamat untuk mencegah pesalah daripada mengulangi kesalahan jenayah pada masa hadapan.

“Selain itu, ia bagi mengembalikan mereka ke pangkuan masyarakat melalui arahan/perintah melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan tanpa bayaran, manakala Program Ilmu dan Bakti merupakan nilai tambah yang diterapkan oleh kementerian melalui penghayatan amalan nilai-nilai kerohanian dalam melaksanakan Perintah Khidmat Masyarakat,” jelasnya.

Justeru, kementerian berharap pendekatan ini dapat menyuntik kesedaran dan menimbulkan keinsafan buat mereka seterusnya membentuk keperibadian pelatih yang beristiqamah dan kental dalam menangkis sebarang pengaruh negatif yang boleh memudaratkan diri serta berupaya mengelakkan diri daripada terlibat dalam sebarang masalah dengan undang-undang.

“Ini merupakan antara usaha untuk mensejahterakan masyarakat melalui tarbiah dan pendekatan kolaboratif institusi masjid dengan komuniti setempat.”

Kenyataan itu menyebut, sehingga Mei 2022, seramai 482 pelatih sedang menjalani Perintah Khidmat Masyarakat terdiri daripada 336 pesalah muda yang meliputi 19 pesalah dewasa dan 127 kanak-kanak.

Menurut statistik JKM dari 2019 hingga 2021, bilangan kes yang telah dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat ialah 2,267 iaitu 780 kes pada 2019; 827 kes pada 2020 serta 660 kes pada 2021.

Daripada jumlah itu, sebanyak 62 peratus adalah pesalah muda, 35 peratus kanak-kanak dan hanya tiga peratus terdiri daripada pesalah dewasa.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusof di Masjid Al-Mukhlisin, menerusi kenyataannya berharap program itu dapat diperluas ke seluruh negara dengan mempertingkatkan pelbagai variasi aktiviti dan penglibatan institusi masjid bermula tahun ini.

“Saya yakin dan percaya bahawa Program Ilmu dan Bakti ini dapat menggalakkan komuniti terutama institusi masjid dan ahli kariah masjid untuk sama-sama merasai kebertanggungjawaban bersama dalam mendukung aspirasi kerajaan sebagai sebuah keluarga membawa anak-anak pelatih ini ke arah kehidupan yang lebih baik dalam persekitaran yang baik,” katanya.

Foto: FB Jabatan Kebajikan Masyarakat

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia