IKRAM Meriahkan Sambutan Bulan Kebangsaan 2022

IKRAM Meriahkan Sambutan Bulan Kebangsaan 2022 | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) akan menganjurkan Sambutan Bulan Kebangsaan (SBK 2022).

Presiden IKRAM, Haji Badlishah Sham Baharin berkata, Sambutan Bulan Kebangsaan bermula hari ini (1 Ogos) sehingga 16 September 2022 dengan tema ‘Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama.’ 

Jelas beliau, Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia perlu dijadikan peristiwa untuk memperbaharui semangat perpaduan dan kebersamaan.

“Rakyat telah terbukti mampu berganding bahu menghadapi cabaran yang tidak putus, terutamanya wabak COVID-19, banjir dan kegetiran ekonomi. 

“Maka, tema tersebut dipilih untuk meraikan rakyat yang berjaya menghayati kesatuan dalam kepelbagaian,” tambahnya.

Kata beliau, IKRAM meletakkan perpaduan nasional sebagai salah satu bidang tumpu daripada lima Agenda Nasional yang diperjuangkan.

“Sambutan Bulan Kebangsaan ini bertujuan memupuk dan menyemarakkan semangat cintakan negara dan mengukuhkan jati diri sebagai warganegara Malaysia.”

“Selain itu, IKRAM ingin membawa agenda perpaduan nasional dengan meraikan kepelbagaian secara praktik dan kerjasama dalam setiap peringkat,” jelasnya lagi.

Ujarnya, sambutan ini juga mengajak masyarakat Malaysia ‘rakyat sebagai satu entiti’ melalui semangat setiakawan untuk fokus kepada perkongsian nilai murni yang sama.

“Identiti bangsa itu sesuatu yang fitrah, namun pada masa yang sama, itu tidak membawa kita membenci kaum lain, menganggap kaum lain lebih hina. Mereka semua adalah makhluk Allah.”

“Justeru, perpaduan nasional adalah sesuatu yang kita perlu bekerja untuk mendapatkannya dan IKRAM menganjurkan sambutan ini sebagai salah satu usaha untuk dicapai,” tegasnya.

Katanya lagi, SBK 2022 akan dianjurkan pada peringkat IKRAM pusat, negeri dan juga kawasan.

“Pihak-pihak lain seperti agensi kerajaan dan juga pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan dijemput sama untuk menjayakan sambutan ini yang akan memberi manfaat kepada orang ramai.”

Antara NGO yang bekerjasama dalam beberapa aktiviti sambutan ini ialah Yayasan IKRAM Malaysia, MyIKRAM Bikers, Better Dads Malaysia, Yayasan Perpaduan Malaysia, Christians for Peace and Harmony dan Persatuan Veteran Tentera Malaysia dan banyak lagi.

“Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang sepanjang berlangsungnya SBK 2022 ini, bermula dengan majlis perasmian pada 6 Ogos,” kata Badlishah lagi.

Antara aktiviti sempena sambutan tersebut ialah pelancaran jingel sambutan, Konvoi Amal Perpaduan, pertandingan bicara berirama antara sekolah, cabaran TikTok menggunakan lagu ‘Selamanya Malaysia’ dan beberapa siri forum Bicara Bina Negara dan webinar.

Manakala program kemuncak dan penutup sambutan iaitu Karnival ‘Kita Anak Malaysia’ akan berlangsung pada 16 September. 

“IKRAM mengalu-alukan masyarakat keseluruhannya untuk bersama-sama kami dalam menjayakan Sambutan Bulan Kebangsaan ini,” gesa beliau.

Info lanjut sambutan boleh dilayari di laman Facebook rasmi Pertubuhan IKRAM Malaysia di pautan https://www.facebook.com/ikrammalaysia.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia