
Kempen Aqsa2Gaza3 di Kelantan
KOTA BHARU – Kerancakan kempen Aqsa2Gaza3 (A2G3) di Kelantan disemarakkan dengan kehadiran bekas Pengerusi Aqsa Syarif, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus pada 13-14 April yang lalu. Memulakan siri kunjungan kali ini, beliau telah diberi penghormatan memberi kuliah di Medan Ilmu, tempat Tok Guru Nik Aziz memberi kuliah mingguan di pusat bandar Kota Bharu.




