Kempen Aqsa2Gaza3 di Kelantan

Kutipan untuk bantuan Palestin turut dilakukan oleh Briged Amal PAS. Kemudian, Ustaz Hasanuddin menunaikan solat Jumaat di Masjid Pengkalan Kubor, bersempadan dengan Takbai, Thailand dan memberikan ceramah sebaik sahaja selesai solat Jumaat. Beliau bersolat Asar di Masjid Pulau Melaka dan mengambil kesempatan bertemu Tok Guru yang baru saja keluar dari hospital kerana kurang sihat.

Masjid Pengkalan Kubor

Setelah itu, Ustaz Hasanuddin memberikan ceramah selepas solat Maghrib di Masjid Tunjong memberikan kuliah Subuh di Masjid Kg Sireh di samping pungutan derma juga turut dilakukan. Beliau menutup siri ceramahnya di Masjid Binjai. Masjid ini penuh dengan muslimin dan muslimat yang memberi perhatian kepada ceramah beliau. Selesai ceramah, para hadirin berebut-rebut meminta borang tajaan anak yatim Palestin sehingga kehabisan borang tersebut.

Masjid Binjai

Antara pengisian menarik beliau ialah tentang sejarah pembinaan Masjid Al-Aqsa, kedudukannya selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, tempat miraj, tempat Rasulullah SAW menjadi imam kepada ruh para Nabi dan Rasul sebelum mikraj, akan tetapi kini ia terjajah. Beliau turut menayangkan video pengalaman beliau diserang dan ditawan oleh komando Zionis semasa menyertai konvoi bantuan flotila Mavi Marmara pada tahun 2010.

Beliau juga menerangkan kejayaan projek-projek yang diusahakan oleh Aqsa Syarif hasil sumbangan orang ramai. Beliau turut menjelaskan apa yang boleh dilakukan oleh umat Islam dan mengajak orang ramai untuk turut serta dalam membantu rakyat Palestin. Anggaran kutipan derma bagi empat masjid ini untuk A2G3 ini berjumlah lebih RM 5,000 tidak termasuk hasil kutipan di Medan Ilmu. Tok Guru turut membuat sumbangan peribadi RM 5,000 menjadikan jumlah setakat ini adaah lebih RM 10,000. Tahniah orang Kelantan.

A2G3 adalah satu lagi usaha Misi Bantuan Kemanusiaan ke Palestin anjuran Aqsa Syarif yang dijangka berlepas melalui jalan darat ke Gaza pada Mei depan. Misi seramai 12 orang ini akan membawa pelbagai bantuan untuk meningkatkan keupayaan projek-projek Aqsa Syarif yang sedang berjalan di Gaza.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia