Flash mob, konvoi meriahkan kempen MyGMJ

Diketuai Pengurus Aqsa Syarif daerah-daerah, belasan kereta bergerak dari daerah masing-masing dan singgah di beberapa check point seperti pasar tani, pasar besar, stesen minyak sebelum setiap konvoi sampai ke Plaza Angsana. Dengan bendera Malaysia, bendera negeri Johor, bendera Palestin dan plycard tertulis sokongan Palestin dan kutukan terhadap Israel, mereka mengedarkan risalah MyGMJ yang menjelaskan perhimpunan sedunia ke Jerusalem di seluruh dunia dan di Stadium Melawati Shah Alam pada 30 Mac 2012. Mereka juga mengutip derma untuk perjuangan membantu Palestin. Para pengunjung Angsana turut menyaksikan pelbagai aktiviti dan persembahan di perkarangan Angsana.



17 Mac 2012 – Subang Jaya

Kempen MyGMJ berlangsung di Mydin Subang Jaya atas kerjasama Aqsa Syarif Subang Jaya dengan kerjasama Persatuan Mawaddah Malaysia. Pelbagai aktiviti telah diadakan bermula dari pagi sampai ke petang. Antaranya sebaran mesej MyGMJ melalui flyers, buntings, perbualan dan juga flash mob. Tidak ketinggalan, kutipan derma bagi membantu Aqsa Syarif menyampaikan sumbangan-sumbangan kepada rakyat Palestin. Ramai ibu bapa yang menggalakkan anak-anak kecil mereka menyumbang. Tahniah!


17 Mac 2012 – Kuala Lumpur

Grand flash mob yang bermotifkan menyedarkan rakyat Malaysia tentang Global March to Jerusalem (GMJ) atau Gerakan Menuju Jerusalem dengan cara yang kreatif oleh pelajar-pelajar universiti awam dan swasta sekitar Kuala Lumpur dan Selangor telah berjaya diadakan di Dataran DBKL, Jalan Parlimen, Kuala Lumpur.


Antara yang berjaya menarik perhatian pemandu kenderaan di Jalan Parlimen adalah mesej Honk Twice to Support Palestine oleh maskot Darth Vader. Jalan Parlimen tidak lekang dari hon para pemandu yang sangat prihatin, tidak kira jenis kenderaan, bangsa dan agama. Peserta memulakan flash mob dengan berarak dari lima sudut menuju ke arah model Dome of Rock dan Gereja Nativity yang dihalang oleh askar Israel. Mereka bergelut dan berhenti seketika beberapa kali bagi menggambarkan betapa senyapnya dunia terhadap kekejaman yang sentiasa hangat berlaku di Palestin.

Flash mob berakhir dengan askar Israel dikalahkan oleh sekumpulan manusia yang bangkit berjuang menentang kekejaman Israel bagi membebaskan tanah suci Palestin. Lagu Freedom oleh Maher Zain dinyanyikan oleh Saudara Halim dan rakan untuk memberi mesej terakhir kepada peserta, penonton, dan rakyat Malaysia.



24 Mac 2012 – Kota Bharu

Konvoi Superbike Global March To Jerusalem (GMJ) telah diadakan pada 24 Mac yang lalu. Konvoi ini merupakan sebahagian dari program promosi GMJ yang akan diadakan di Amman, Jordan pada 30 Mac nanti. Konvoi yang bermula dari Kuantan itu telah disertai oleh 52 penunggang superbike dan tiba di perkarangan Masjid Pulau Melaka disambut oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Datuk Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat.



24 Mac 2012 – Petaling Jaya

Sekitar 100 peserta yang menyertai konvoi bermotor tiba di Petaling Jaya setelah bertolak daripada empat zon berlainan di Lembah Klang pada Sabtu 24 Mac yang lalu sempena menyambut perhimpunan terbesar Global March to Jerusalem (GMJ) di Amman, Jordan pada 30 Mac nanti.

Empat zon tersebut ialah Zon 1 (Shah Alam, Klang, Kuala Selangor dan Petaling Jaya), Zon 2 (Gombak dan Selayang), Zon 3 (Kuala Lumpur, Cheras, Ampang dan Bukit Bintang) dan Zon 4 (Putrajaya, Bangi, Kajang, Semenyih dan Hulu Langat). Konvoi yang bermula pada 8.00 pagi di setiap zon telah berkumpul di checkpoint terakhir di padang hadapan Amcorp Mall pada 6.30 petang.

Konvoi anjuran Malaysia Global March to Jerusalem (MyGMJ) dan Kelab Skuter Malaysia (KSM) dengan kawalan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu bertujuan mengedarkan risalah di beberapa checkpoint untuk mengajak rakyat Malaysia supaya hadir ke acara kemuncak MyGMJ pada Jumaat 30 Mac nanti di Stadium Malawati, Shah Alam serentak dengan sambutan GMJ di seluruh dunia.

 


28 Mac 2012 – KLIA

Seramai 23 orang telah terpilih daripada pelbagai latar belakang dan organisasi untuk mewakili Malaysia dalam menyertai perarakan Global March to Jerusalem dan akan bergabung dengan peserta daripada seluruh dunia. Ahli delegasi yang telah  dibahagi kepada dua kumpulan ini telah berlepas ke Amman, Jordan dengan menaiki penerbangan daripada KLIA.

30 Mac 2012 –  Shah Alam

Acara kemuncak GMJ hari ini di Stadium Malawati, Shah Alam! Jom ke sana! Semoga Jerusalem dan Palestin bebas dari cengkaman Zionis, insyaAllah.

 

Sumber: http://www.mygmj.org/

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia