‘Wanita Super’ tuntut kerajaan bersih

Wanita Suara PerubahanMungkin inilah satu perhimpunan besar yang berjaya menghimpunkan ramai wanita, tua, muda, kecil dan besar untuk turun ke jalan raya. Wanita datang dari jauh dan dekat, utara dan selatan, timur dan barat. Ada yang datang bersendirian, bersama rakan-rakan atau berkeluarga bersama suami dan anak-anak. Ramai juga yang bersusah payah datang berkumpulan bersama bas-bas yang disewa khas. Sekitar 4,000 orang wanita tanpa mengira rupa bangsa dan warna kulit telah berhimpun.

Bermula dari Masjid Tun Abdul Aziz (Masjid Bulat), Seksyen 14 Petaling Jaya, sebahagian peserta mula berkumpul dalam barisan yang panjang menantikan saat permulaan perjalanan, petang semalam setelah selesai menunaikan solat Zuhur di masjid. Sebahagian lagi berkumpul dan bergerak dari Taman Tasik Jaya.

Wanita Suara Perubahan adalah gabungan 15 badan bukan kerajaan (NGO) yang menuntut kerajaan yang bersih, iaitu:

1. KERAJAAN YANG BEBAS DARIPADA RASUAH
2. GAJI YANG BERPATUTAN
3. KUALITI HIDUP YANG LEBIH BAIK
4. KEGANASAN TERHADAP WANITA DIHENTIKAN
5. PEMANSUHAN AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2011
6. PILIHAN RAYA YANG BERSIH DAN ADIL

Wanita Suara PerubahanWanita Suara Perubahan menggesa semua pengundi wanita untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan memilih pemimpin yang bagus serta berwibawa di kedua-dua kerajaan Negeri dan Persekutuan, pemimpin yang akan menerima dan membuat tuntutan kaum wanita ini menjadi kenyataan.

Suasana perarakan dan perhimpunan sungguh bersemangat. Kesemua wanita tampak berani sesuai dengan tema yang dibawa “Wanita Suara Perubahan” atau ‘Wanita Super’!

Mereka melaungkan slogan-slogan tuntutan seperti ‘Wanita Bersuara! Untuk Kesaksamaan!’, ‘Wanita Menolak! Menolak Rasuah!’, ‘Wanita Bernilai! Tuntut Gaji Minimum!’, ‘Wanita Bersama! Menentang Keganasan!’, ‘Wanita Memilih! Kerajaan Yang Bersih!’ dan ‘Wanita Bersatu! Kami Mahu Berhimpun!’

Lebih menarik lagi, kod pakaian bewarna ungu dan sarung tangan putih dipakai sepanjang perarakan dan perhimpunan. Warna ungu melambangkan pemerkasaan wanita dan putih melambangan tuntutan untuk kerajaan yang bersih.

Perarakan dan perhimpunan kali ini berjaya membuktikan bahawa wanita mampu melakukan perubahan sekiranya mereka berani menyuarakan hak mereka.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia