Teater Islamofobia pamer keunikan, kikis prejudis

Teater Islamofobia yang menarik perhatian lebih 500 hadirin adalah teater arahan Santhira Morgan daripada Serious Comedy Studio anjuran institusi dakwah IKRAM iaitu Hidayah Centre dengan kerjasama JAWI, JAKIM, Allied Coordinating Community of Islamic NGOs (ACCIN), World Assembly of Muslim Youth (WAMY) dan Persatuan Ulama Malaysia (PUM). Skrip teater telah diteliti dan disahkan oleh pensyarah UIAM, Dr Osman Chua Abdullah.

Terdapat dua segmen yang dipaparkan dalam teater ini secara silih berganti. Segmen pertama memaparkan kisah dua orang yang sedang bercinta iaitu lelaki Cina bukan Islam, Tan dan wanita Melayu Islam, Liza. Tan dalam dilema kerana sering didesak oleh kekasihnya supaya memeluk Islam untuk mengahwininya.

Tan memberikan alasan untuk tidak memeluk Islam dengan pelbagai tanggapan buruk dan prejudis terhadap Islam. Liza pula berusaha mengubah tanggapan tersebut dengan memberikan hujah mudah di samping menghadiahkan buku tentang Islam hingga akhirnya Tan sedar dengan keindahan Islam lalu memeluk Islam dengan rela hati.

Teater turut memaparkan bagaimana Tan menghadapi karenah ibu bapanya yang menolak niatnya untuk berkahwin dengan wanita Islam dan bagaimana Liza mengambil hati ibu bapa Tan. Babak akhir menunjukkan Tan memeluk Islam yang disaksikan oleh kedua ibu bapanya. Watak Tan dilakonkan oleh Kenny Ang Joo Hau dan watak Liza dilakonkan oleh Nur Aina Mohd Nor Anuar.

Segmen kedua memaparkan salah faham bukan Islam terhadap Islam dengan melihat gaya hidup umat Islam. Ia menjelaskan bahawa bukan Islam takut untuk memeluk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menunjukkan contoh yang baik kepada mereka dan tidak berdakwah kepada mereka. Hakikat sebenar ialah ramai umat Islam tidak mengikut landasan Islam yang sebenar menyebabkan bukan Islam salah faham dan melabelkan itulah amalan Islam yang sebenar.

Lebih menarik dan unik lagi, skrip teater yang penting akan digambarkan di backdrop pentas melalui teks dan gambar powerpoint di samping gambar latar yang sesuai berdasarkan babak turut dipaparkan. Terjemahan skrip bahasa Tamil dan Cina turut dipaparkan supaya jalan cerita dapat difahami sepenuhnya oleh penonton.

Dengan keadaan pentas yang sentiasa bertukar warna pencahayaan mengikut mood babak hasil kreativiti Creative Tank Studio dan sistem audio yang jelas hasil sentuhan Alunan Firdausi Entertainment (AFE), ia menjadikan teater ini amat menarik, harmoni dan mudah difahami serta sesuai ditonton oleh semua golongan khususnya golongan bukan Islam di Malaysia.


Pada akhir majlis, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI, Puan Hajah Azizah Che Hassan turut diberi peluang menyampaikan cenderamata kepada para penganjur bersama sebagai tanda penghargaan.

Uniknya, Pengarah teater Santhira Morgan (gambar kanan) adalah seorang Kristian turut merancang untuk mempersembahkan teater ini ke seluruh Malaysia dalam rangka untuk mengikis tanggapan negatif bukan Islam terhadap Islam dan mengajak umat Islam berdakwah serta menunjukkan contoh yang baik kepada bukan Islam.

Teater ini telah dipentaskan buat kali ketiga atas sambutan yang positif dan menggalakkan di kalangan pendakwah dan golongan bukan Islam. Semoga usaha beliau ini membuahkan hidayah Islam untuknya dan golongan bukan Islam yang lain, insyaAllah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia