Wacana Masyarakat Madani: Dua Peristiwa Penting

Wacana MM3.0: Catatan 14 Februari 2012

82. Beberapa minggu lalu ketika Tahun Baru Cina, dua peristiwa penting berlaku dalam konteks engagement bagi saya. Dua keadaan yang berbeza tetapi ada titik-titik kesamaan khususnya apabila kita laksanakan engagement tersebut dalam keadaan penuh sedar.

83. Pertama, kehadiran saya sebagai perasmi dalam program Sambutan Tahun Baru Cina 2012 anjuran IKRAM, Hidayah Centre dan MACMA Selangor di Restoran Hj Sharin Low, Sri Gombak, Selangor. Kalau saya tanya di kalangan orang Islam yang hadir hari itu (kecuali rakan-rakan Cina Muslim kita), adakah mereka selesa dengan kehadiran orang Cina pada masa itu? Saya percaya ramai yang akan jawab, “kurang selesa”. Saya lihat pun, orang-orang kita cuma berlegar di kalangan kawan-kawannya sahaja.

84. Tidak ada salahnya, malah inilah fitrah manusia yang cari ruang keselesaan seboleh mungkin. Tetapi bagi seorang pendakwah, mereka akan lihat keadaan itu sebagai peluang mendekati orang-orang Cina, bertanya khabar, memperkenalkan diri dan membina hubungan, walaupun mungkin untuk hari itu sahaja.

85. Ramai juga yang hadir itu terdiri daripada nenek-nenek dan atok-atok tetapi ada juga orang muda yang datang berambut perang, berpakaian mini skirt! Ust Shamsul Maarif, YDP IKRAM Selangor, kelihatan bertegur sapa dengan mereka, katanya, mereka itu jiran-jiran kedai berdekatan dengan Restoran Hj Sharin. Ini bagus!

86. Saya ambil kesempatan masa itu untuk beramah mesra dengan YB Tony Pua, Ahli Parlimen dari DAP yang hadir. Saya katakan kepada beliau terima kasih kerana hadir dan memaklumkan bahawa program ini merupakan program kali ke-3 dan tahun ke-3 diadakan. Saya juga menceritakan tentang IKRAM, Hidayah Centre dan MACMA sebagai penganjur. Dalam ucapannya, dia memuji program dan penganjur dan menyarankan orang ramai untuk kembali kepada semangat untuk saling hormat menghormati antara kaum dan agama. Habis ucapannya, saya berbisik kepadanya, “Tony, spoken like a true politician!” (Tony, ucapan anda seperti seorang ahli politik sebenar!). Dia cuma tersenyum lebar.

87.  Kemudian giliran saya pula berucap setelah Hj Sharin Low. Saya memulakan dengan mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai dan mendedahkan bahawa saya dulu berjiran dengan orang India dan Cina, malah kawan-kawan saya ramai dari kalangan kaum India dan Cina. Semasa Tahun Baru Cina, saya juga akan ke rumah mereka meraikan jemputan. Saya katakan ada sesuatu yang baik dari sambutan berkenaan. Pertamanya, tentang ‘makan besar’. Bagi saya dan saya percaya bagi orang Cina juga, sebenarnya ‘makan besar’ tidak penting. Yang lebih penting ialah perjumpaan ‘keluarga besar’.

88. Institusi keluarga amat penting dan dituntut oleh semua agama, khasnya Islam. Saya katakan sambutan begini boleh merapatkan hubungan atas dasar hormat menghormati sesama insan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan. “Inilah yang dinyatakan dalam Al-Quran dalam surah Al-Hujurat ayat 13”, tambah saya. Kemudian saya bacakan maksud ayat berkenaan dengan memberi penekanan bahawa ayat tersebut ditujukan kepada semua manusia bukan sahaja untuk orang-orang beriman.

89. Namun saya juga tekankan bahawa orang yang dianggap mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa dengan menerangkan secara ringkas maksud takwa ialah takut kepada Allah, taat perintahNya dan jauhi laranganNya. Kalau Allah perintah kita jauhi rasuah, kita kena taatlah. Jika Allah melarang fitnah, maka kita juga mesti jauhkan. Barulah kita dianggap orang yang mulia.

90. Engagement kedua saya pada hari yang sama ialah ketika menghadiri majlis kesyukuran perkahwinan anak Ustaz Abdul Halim Abdullah (dikenali juga sebagai Ust Halim Imam) di Bandar Menjalara, Kuala Lumpur. Ustaz ialah ahli Dewan Perwakilan Nasional (DPN) IKRAM. Saya bertemu dengan Dato’ Wan Mohamad, mantan Ketua Pengarah JAKIM. Beliau kini dalam pimpinan Persatuan Ulama Malaysia (PUM). Kepada beliau, saya perkenalkan IKRAM (walaupun mungkin beliau sudah tahu) dan saya hulurkan kad. Sebelum berpisah, saya sebutkan ini kepada beliau, “Dato’, boleh nanti kita bekerjasama NGO-NGO Islam? Banyak ruang dan kerja yang perlu kepada kerjasama antara kita”. Jawab beliau, “Dah tentu Tn Syed. Kita berhubung nanti InsyaAllah”.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia