Muzakarah tersebut anjuran JK Dakwah Pusat IKRAM yang telah diadakan di Dewan Utama Politeknik Metro di Taman Setiawangsa, bagi membentangkan perancangan JK Dakwah IKRAM Pusat dan menyelaraskan gerak kerja dakwah kepada masyarakat belum Islam seluruh negara di samping berkongsi pengalaman aktiviti JK Dakwah IKRAM Negeri yang terpilih.
Tambahnya, gerakan dakwah seperti IKRAM berjuang untuk membawa perubahan dalam negara di samping membawa masyarakat daripada lembah jahiliah ke lembah yang makmur. Dalam dakwah, katanya masyarakat belum Islam memerlukan jawapan yang tegas dan kebenaran daripada pendakwah untuk menjawab persoalan yang timbul dalam diri mereka; dari mana kita datang, ke mana kita akan pergi atau adanya dunia lain.
“Mereka sudah lama menunggu penjelasan yang jelas, tegas dan benar”, ujarnya.
Beliau mengambil contoh Rasulullah SAW yang sentiasa melakukan dakwah dan engagement dengan dengan masyarakat belum Islam. Beliau turut menggariskan metodologi dakwah Mus’ab bin Umair RA yang berdakwah di Madinah melalui penduduk Islam yang telah memeluk Islam, yang menjadi lompatan untuk mempercepatkan penyebaran Islam di kalangan masyarakat belum Islam.
Katanya, Islam perlu menjadi isu semasa, isu perbincangan serius berkenaan kehidupan sesudah kematian, syurga, neraka dan pegangan hidup serta dakwah menjadi fokus kehidupan berkeluarga.
Melalui JK Dakwah, beliau melahirkan keyakinan IKRAM mampu membawa risalah Islam yang syumul, memikul amanah dakwah serta membawa perubahan yang baik dalam masyarakat belum Islam. Beliau menambah, dalam rangka untuk meramaikan penganut Islam yang baru sebagai duat (pendakwah), JK Dakwah IKRAM perlu melakukan inisiatif untuk menyelaraskan usaha dakwah dengan agensi kerajaan dan agensi dakwah yang lain supaya segala sumber untuk usaha ini dapat dimanfaatkan.
Dengan ramainya umat Islam, katanya, ia akan wujudkan bangsa Islam campuran yang cemerlang untuk sesebuah negara di samping membangunkan cita cita sebuah harapan, iaitu sebuah negara baru yang berteraskan Islam secara menyeluruh.
“Tanpa Islam, dunia tidak seimbang, tidak betul perjalanan. Islam akan wujudkan dunia yang saksama,” tegasnya.