Wacana Masyarakat Madani: Rumusan

91. Sudah hampir bil. 100 penulisan ini dalam tajuk mendampingi masyarakat atau engagement. Saya ingin menggenapkannya kepada 100 dengan membuat rumusan yang diharapkan boleh dijadikan panduan dalam kita mendampingi masyarakat, khususnya masyarakat majmuk kita dengan pelbagai latar belakang kaum, agama, kebudayaan, pegangan dan kepercayaan.

92. Saya ada beberapa pilihan dalam membuat rumusan ini. Pertama, letakkan perkara-perkara asas sahaja atau kedua, letakkan perkara-perkara praktikal yang boleh dilaksanakan dengan mudah atau ketiga, letakkan perkara-perkara asas dan praktikal sekaligus. Saya membuat pilihan ketiga. Sekali lagi ditegaskan di sini, kita cuma akan tumpu kepada dampingan bersifat jamaah atau organisasi dan bukan bersifat fardi atau individu. Berikut adalah panduan kepada engagement yang saya boleh rumuskan.

93. Pertama, engagement mestilah jelas objektif dan matlamatnya selari dengan wawasan, misi, perancangan strategik dan susuk organisasi. Ia juga termasuk meletakkan asas-asas umum yang luas agar mudah dijadikan sandaran. Jika IKRAM, maka asas-asas tersebut ialah:

1. Islam     – Islam cara hidup, agama rahmah sekalian alam untuk dikongsi dan disampaikan

2. Keamanan   –    Menganjurkan keamanan dan tidak kekerasan atau keganasan

3. Keadilan      –    Menegak dan menganjur kepada keadilan, bukan kezaliman

4. Kebebasan   –    Berpandukan maqasid syariah, bebas dan tidak terikat

5. Kebersamaan    –   Fokus kepada ruang kebersamaan dan persetujuan


94. Jika diperhatikan dengan teliti, kesemua asas-asas di atas disebutkan berulang kali oleh dua orang Naib Mursyidul Am Ikwanul Muslimin yang hadir di Malaysia Februari 2012. Mereka menyatakannya sama ada dalam ceramah umum, temuramah media atau perjumpaan kecil dengan pimpinan NGO dan Parti Politik. Jika digandingkan asas ini dengan beberapa inisiatif gabungan sedia ada sekarang seperti Bersih 2.0, GMI, ACCIN dan lain-lain, adakah kita boleh nampak aplikasinya?

95. Kedua, setiap da’i mestilah sentiasa bersedia melengkapkan diri dengan apa yang saya sifatkan sebagai ilmu pertimbangan atau judgement (J), diagnosis (D) dan aplikasi (A) (mempraktikkan). Lima asas di atas hanya akan tinggal sebagai asas sekiranya kita tidak mampu memanfaatkannya dengan bijak dalam pelbagai situasi engagement. Dan ilmu “JDA” ini pula tidak hanya boleh dipelajari dalam kelas atau modul tarbiah tetapi dengan penglibatan yang lebih kerap di lapangan.

Ingat kembali kepada 5 asas fiqh sebagai panduan kita:

1. Fiqh al-awlawiyyat (fiqh keutamaan), juga dikenali sebagai fiqh maratib al-amal

2. Fiqh al-muwazanat (fiqh pertimbangan), pertimbangan antara sesama al-masalih (kebaikan), antara sesama al-mafasid (keburukan dan kerosakan) dan pertimbangan antara al-masalih dan al-mafasid

3. Fiqh al-maqasid (fiqh bagi mengetahui maksud syariat

4. Fiqh al-nusus (fiqh nas-nas al-Quran dan al-Sunnah), dan

5. Fiqh al-waqi’ (fiqh kefahaman mengenai realiti manusia dan kehidupan sekitarnya)


96. Ketiga, setiap da’i mestilah sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu menangani kepelbagaian (diversity) dan memahami antara perkara utama dan dasar dengan remeh dan khilafiah di samping juga memahami sudut pandang orang lain. Tidak perasan dengan kepintaran sendiri (syok sendiri- SS) dan tidak pula tawadhu tidak kena tempat (TTKT).

97. Keempat, setiap da’i mestilah mengamalkan dan menekuni ciri-ciri berikut dalam engagement:

1. Ikhlas

2. Sangka Baik

3. Amanah

4. Jujur

5. Tawadhu’

6. Ada kemampuan

7. Boleh diharap (reliable)

8. Mesra

9. Konsisten

10. Inklusif


98. Ingat! Tanpa kita berdamping dengan masyarakat pun, ciri-ciri ini sudah semestinya sebati dengan jiwa dan peribadi duat. Apa yang perlu dilakukan cumanya ialah untuk kita menempatkan ciri-ciri berkenaan dalam suasana engagement.

99. Kelima dan terakhir, sentiasalah melaksanakan syura, perkongsian dan persetujuan bersama dalam semangat kesetiakawanan sesebuah gabungan atau inisiatif kerjasama.  Janganlah membuat rancangan di belakang atau membelakangkan persetujuan yang dibuat bersama. Hormati dengan kukuh dan tunjukkan komitmen menjayakannya semampu boleh.

100. Begitulah lima panduan asas kepada engagement dalam organisasi yang saya boleh rumuskan sepanjang penulisan saya tentang tajuk ini hasil daripada pengalaman, pembacaan dan perkongsian mereka yang turut berpengalaman dalam mendampingi masyarakat. Semoga ia memberi manfaat untuk kita menjayakan tuntutan yang dianjurkan ke atas kita sebagaimana yang difirman oleh Allah dalam Surah Ali-Imran ayat 104 dan 110. Bersedialah untuk memimpin ummah dan masyarakat! Lebih ramai yang dapat melaksanakannya, maka lebih dekat kita dalam mencapai wawasan yang dicita-citakan, InsyaAllah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia