Nasional

Berita-berita semasa

Kelonggaran kepada penerima vaksinasi lengkap

“Ini termasuk kebenaran melaksanakan solat berjemaah di surau dan masjid serta merentas daerah atau negeri bagi pasangan suami isteri jarak jauh selain ibu bapa untuk berjumpa anak-anak di bawah umur 18 tahun.”

Anggota DERU 6 dan 7 paling ramai termasuk doktor, mahasiswa

KUALA LUMPUR – Misi DERU JIM-IKRAM diteruskan dengan menghantar 77 lagi sukarelawan ke Kedah dalam misi DERU 6 dan misi DERU 7. Konvoi kali ini disertai lebih ramai sukarelawan dari pelbagai latar belakang termasuk mahasiswa IPT dan orang ramai.

Misi bantuan banjir DERU IKRAM-JIM bertali arus

KUALA LUMPUR – Bencana banjir di Kedah dan Perlis terus mendapat perhatian warga Malaysia yang memang dikenali prihatin. Pelbagai pihak termasuk kerajaan pusat, kerajaan negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu berbondong-bondong datang ke dua buah negeri di utara Semenanjung itu untuk menghulurkan bantuan.

Isu Kristian: Cari penjelasan, jangan melatah

KUALA LUMPUR – “Apabila kita mendengar sesuatu berita yang mengejut atau menyangsikan, kita wajib bertindak matang dengan penuh hikmah. Ini berdasarkan konsep Islam ‘fatabayyanu’ iaitu, kamu carilah penjelasan”, demikian ulasan Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom semalam.

Menurut beliau, selepas berita itu dipastikan kesahihannya, umat Islam perlu terus mengorak langkah dalam usaha ‘engagement’ untuk bersua kenal dengan tujuan membawa kefahaman Islam yang tulen hingga para penganut agama lain dapat memahami dan menghormati Islam.

KIMB sasar 5,000 pelanggan baru Kad Kredit-i Bank Rakyat

TAMAN MELAWATI – Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) menyasarkan 5,000 pemegang kad baru Kad Kredit-i Bank Rakyat menjelang hujung tahun ini, khususnya dalam kalangan ahli Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM).

Gejala zina, buang bayi harus ditangani secara holistik

KOTA BHARU – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Kota Bharu dan Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Kelantan berpendapat bahawa gejala buang bayi yang semakin meningkat dalam masyarakat hari ini berpunca daripada pergaulan bebas dan jenayah zina yang tidak ditangani sewajarnya.

14 sukarelawan VP5 selamat pulang ke tanah air

SEPANG – Ketibaan 14 warga Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan konvoi jalan darat Viva Palestina Kelima (VP5) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini kira-kira jam 4.30 petang semalam disambut meriah oleh lebih 200 orang ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.

“Prestasi tarbiah meningkat tetapi kerja kita masih banyak”

SERDANG – “Prestasi tarbiah ahli-ahli IKRAM meningkat baik namun tarbiah adalah proses yang berterusan dan kita perlu memperbaiki segala kekurangan,” demikian kata Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Tarbiah IKRAM ketika diminta pendapatnya mengenai prestasi tarbiah ahli-ahli IKRAM secara keseluruhan.

Zina: Perkara haram yang paling disukai

PUTRAJAYA – “Zina adalah perkara haram yang paling disukai manusia. Walaupun arak haram, namun arak itu boleh memudaratkan badan manusia. Tetapi hubungan kelamin adalah fitrah dan keperluan bagi manusia”. Demikianlah antara isi penyampaian Ustazah Maznah Daud, Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia dalam program ‘Wacana Pendidikan Seksualiti: Adakah Ianya Satu Penyelesaian?’ yang berlangsung di Putrajaya semalam.

Semasa

Nasional Berita-berita semasa Kelonggaran kepada penerima vaksinasi lengkap “Ini termasuk kebenaran melaksanakan solat berjemaah di surau dan masjid serta merentas

Read More »

ARTIKEL POPULAR

Group 10

ARKIB

Group 10
Archives

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia