BERSIH 2.0 tidak mahu dilihat ‘double standard’

Program anjuran Jawatankuasa Masyarakat Madani IKRAM ini merupakan siri lanjutan kepada pelancaran BERSIH 2.0 yang telah diadakan pada 10 November lalu.

Antara objektif utama FOB ialah memberi penerangan mengenai BERSIH 2.0, hala tuju dan tindakan ke hadapan serta mendapatkan maklum balas mahupun persoalan daripada ahli yang hadir.

fob1Sesi penerangan telah disampaikan oleh Setiausaha Agung IKRAM, Haji Zaid Kamaruddin (gambar kanan) yang juga merupakan ahli jawatankuasa BERSIH 2.0. Beliau telah menerangkan beberapa perkara berhubung tuntutan-tuntutan yang diminta oleh BERSIH 2.0, antaranya Immediate Concerns, Suffrage Polling , Constituency Redefinition, Contestation and Media, Election Finance, Multiparty Democracy dan Electoral Administration.

fob2Menurut Zaid, kesemua tuntutan ini dibuat demi memartabatkan satu sistem pilihan raya yang adil dan bersih. Gabungan BERSIH 2.0 amat serius dan akan terus mendesak agar kesemua tuntutan ini dapat direalisasikan. Demi memastikan BERSIH 2.0 ini benar-benar adil dan telus, pihak jawatankuasa membuat keputusan untuk tidak melibatkan mana-mana parti politik dalam gabungan ini supaya tidak dilihat mengamalkan double standard.

Program santai dan penuh informasi ini turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Masyarakat Madani, Tuan Haji Syed Ibrahim Syed Noh. Beliau sempat membuat sedikit perkongsian berkenaan beberapa perancangan dan gerak kerja jawatankuasa yang diterajuinya itu bagi sesi 2010 hingga 2014.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia