Maher Zain ‘gemparkan’ Showcase ABJZ

maherabjz2Kehadiran beliau memeranjatkan remaja dan belia yang memenuhi ruang Dewan Muktamar, Pusat Islam kerana peserta tidak dimaklumkan akan kehadiran beliau ke showcase ini. Dalam program yang diacarakan selebriti TV, Wardina Safiyyah ini, Maher Zain tidak menyanyikan sebarang lagu dan hanya berinteraksi bersama penonton.

Showcase ABJZ ini merupakan salah satu daripada slot “Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati”. Dalam showcase ini, para peserta dihiburkan dengan persembahan oleh Aisyah yang lebih mesra dipanggil Ibu Aisyah dan juga kumpulan nasyid Saff One.

Aisyah menyampaikan beberapa buah lagu, salah satunya lagu popular beliau, “Syurga di Telapak Kaki Ibu” dan sebuah lagu baru berjudul “Anak”. Para peserta turut dihiburkan dengan lagu “Sandaran Kecintaan” oleh Saff One.

Selain persembahan artis, peserta turut berpeluang mendengar perkongsian daripada Prof Madya Dr Harlina dan Puan Rosmawati Zainal. Melalui segmen bicara yang dikendalikan oleh Wardina ini, peserta didedahkan dengan bahaya gejala zina yang berlaku pada zaman sekarang. Prof Madya Dr Harlina mendedahkan bahawa gejala zina ini boleh bermula hanya dengan berpegang tangan dan kemudian berpelukan, berciuman hingga akhirnya berlaku perbuatan zina.

Puan Rosmawati yang juga Pengarah Raudhatus Sakinah pula berkongsi pengalaman beliau berhadapan dengan anak-anak di pusat bimbingan dan perlindungan remaja puteri tersebut.

Showcase yang berakhir pada detik 12 tengah malam ini diakhiri dengan laungan ikrar oleh para peserta dan fasilitator. Laungan ikrar ini dipimpin oleh seorang fasilitator muda ABJZ, Amirul Faiz.

maherabjz3 maherabjz4 maherabjz5
[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia