Timbalan Pengerusi IKRAMedia Pusat, Haji Nahar Md Nor pula menjelaskan betapa bidang media mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan dakwah. Ia amat penting dalam menyebarkan fikrah Islamiah selain meraih sokongan massa terhadap perjalanan IKRAM. Beliau turut membentangkan sepintas lalu perancangan dan perbelanjaan IKRAM untuk 2011.
Sesi sebelah pagi muzakarah sehari tersebut seterusnya menyaksikan beberapa unit kerja IKRAMedia Pusat dibentangkan oleh ahli-ahli jawatankuasa pusat menurut portfolio masing-masing sebagai perkongsian bersama IKRAMedia negeri. Antara yang dibentangkan adalah unit portal IKRAM (Haji Jamali), unit reka bentuk dan penerbitan (Wan Mohd Zukri), unit portal Malaysia Harmoni (Mohd Saidy dan A Ralim), unit produksi atau ‘Production House’ (Muhd Zulkarnain) dan unit seni dan kebudayaan (Abdul Aziz).
Mesyuarat ini bertujuan mengumpulkan semua penggerak utama IKRAMedia Pusat dan negeri bagi membincangkan dan berkongsi maklumat mengenai misi mewujudkan AJK pelaksana IKRAMedia di semua peringkat bagi merealisasikan KPI Media IKRAM pada tahun 2011. Seramai kira-kira 30 wakil IKRAMedia dari seluruh negara hadir dalam MIN 2010 kali ini.
Sesi sebelah petang diisi dengan perbincangan hala tuju serta perancangan di negeri dan pusat.
Mesyuarat yang diadakan di pejabat IKRAM Putrajaya itu tamat pada jam 5.00 petang. Pertemuan selanjutnya dijadualkan pada Julai tahun depan untuk menilai kembali prestasi sepanjang enam bulan (Januari-Jun 2011).