Alumni MHI sedia disambut di IPT

“Lepasan MHI biasanya disambut oleh KARISMA untuk diserapkan dalam sistem tarbiah apabila mereka melanjutkan pelajaran ke IPT tempatan. Perkara ini sangat penting kerana kehidupan selepas sekolah, khususnya di IPT sangat mencabar,” jelasnya.

Mengenai pengendalian MHI, beliau memberitahu program ini berbeza dengan program-program IPT dan belia lain kerana pesertanya baru tamat persekolahan dan dalam proses transisi ke alam dewasa.

“Ragam mereka memang mencabar, tetapi hal ini sebenarnya mencabar potensi diri pengendali program dan mematangkan kami. Walaupun apa pun cabarannya, ia satu pengalaman yang amat menarik, seronok dan saya memang teruja menantinya,” kata beliau.

mhi2iptKhairul (gambar) yang dilantik menjadi pengarah MHI selama dua tahun berturut-turut bersyukur kerana dapat mengendalikannya dengan baik dan masih diberi kepercayaan oleh IKRAM. Membantu beliau adalah tiga petugas lelaki dan lima petugas wanita sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa. Sesuatu yang dianggap ‘kejayaan’ oleh beliau adalah hubungan ukhuwah yang tidak terputus dengan bekas peserta MHI tahun lepas.

“Sehingga kini, kami sering berhubung melalui panggilan telefon, SMS dan facebook. Sebab itu saya kata MHI ini seronok. Kalau tidak, sudah tentu saya berasa serik dan tidak mahu melibatkan diri lagi,” katanya sambil tersenyum.

MHI 2010 diadakan di Kem Rimba Tamu, Hulu Tamu, Batang Kali di sini, tidak jauh dari Kem Lembah Genting, lokasi MHI tahun lepas. Program MHI yang sebahagiannya agak lasak banyak berkisar tentang bagaimana menguruskan kehidupan, membuat keputusan yang betul, bekerja secara berpasukan, amalan ukhuwah dan dakwah. Yang lebih penting daripada itu, semuanya dibuat berdasarkan neraca iman dan Islam.

mhi2iptWakil tuan rumah, Jamaliah Awang (gambar) pula berkata, IKRAM Hulu Selangor berasa sangat berbesar hati dan dihargai apabila tapak perkhemahan di Hulu Selangor dipilih untuk menjayakan MHI 2009 dan MHI 2010.

“Alhamdulillah, setakat ini kami berjaya menyediakan kemudahan yang diperlukan terutama dari aspek logistik buat kira-kira 100 peserta tahun ini. Meskipun terdapat kekurangan di sana-sini, banyak perkara sudah kami pertingkatkan berbanding tahun lepas. Tugas kami juga lebih mudah kali ini, mungkin disebabkan sudah ada pengalaman, selain banyak dibantu oleh pihak-pihak yang disebutkan tadi dan juga anak-anak remaja Hulu Selangor,” ujarnya.

Sebagaimana Khairul, beliau juga bersyukur kerana masih terus dapat berhubung dengan alumni peserta MHI 2009 yang kebanyakannya di IPT. Selain itu, tambahnya, maklum balas daripada para ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka menyertai MHI tahun lalu juga menunjukkan mereka amat berpuas hati dengan program tersebut secara keseluruhan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia