MHI jambatan ke alam dewasa

Setiausaha Agung IKRAM, Haji Zaid Kamaruddin berkata, sekaranglah masa terbaik buat anak-anak yang tersebut mendidik jiwa dan membina kekuatan mental sebelum berusia 18 tahun. Walaupun pada hakikatnya mereka masih di bawah tanggungan ibu bapa, namun dalam Islam, seseorang itu mula dipertanggungjawabkan atas segala amalannya sebaik sahaja dia menjejaki usia akil baligh.

“Apabila meningkat usia 18 tahun pada tahun hadapan, anda semua sebenarnya telah dewasa, Jadi, ambillah peluang ini, yang masanya sangat sesuai sebab anda semua baru selesai menduduki SPM, banyak masa lapang, tiada beban dan tiada perkara yang hendak dirisaukan, untuk mula belajar memikiran masa depan, berasa bertanggungjawab dan memainkan peranan yang baik dalam keluarga dan masyarakat,” katanya.

mhi1Zaid yang juga Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) berkata demikian dalam ucapannya sempena merasmikan MHI 2010 di dewan tapak perkhemahan Sabtu lalu. Program ini yang asalnya dianjurkan oleh JIM-IPT (unit dalam JIM yang mengendalikan hal ehwal siswa institusi pengajian tinggi) dimulakan sejak 2006. Sambutan yang memberangsangkan daripada kalangan ibu bapa membuatkan program ini diteruskan pada 2007 tetapi tidak pada 2008. Pada tahun lepas dan tahun ini ia dihidupkan semula, kedua-duanya di daerah Hulu Selangor.

Pada tahun ini, selain JIM-IPT, perkhemahan ini mendapat sentuhan dan bantuan daripada tiga pihak lain iaitu Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) Nasional, Pemuda IKRAM Selangor dan IKRAM Hulu Selangor.

“Mesej utama daripada program ini adalah belajar hidup berdikari kerana kitalah yang mampu menolong diri kita dalam menentukan masa hadapan. Namun sudah tentulah ia lebih mudah dilakukan secara berjemaah. Dengan berjemaah, kerja yang susah menjadi senang, apa yang kita tidak tahu dapat dipelajari daripada orang lain dan sebagainya.

“Tujuan kem ini ialah menyatukan para peserta dalam tempoh yang agak panjang dalam suasana ukhuwah, kerjasama dan tolong-menolong demi menyiapkan diri untuk menghadapi cabaran yang lebih besar,” jelas Zaid lagi.

Madrasah yang komprehensif dan intensif ini tidak jauh bezanya daripada program ‘summer camp‘ yang dilalui oleh pelajar-pelajar Malaysia di luar negara. Pengisiannya lebih menekankan aspek kesedaran, kemahiran, kerjasama berpasukan dan dakwah secara menyeluruh. MHI kali ini bermula Jumaat lalu dan dijangka tamat pada 22 Januari 2011.

Zaid mendoakan program ini berjalan lancar dan berharap apabila para peserta meninggalkan madrasah ini nanti, mereka keluar sebagai orang yang lebih baik untuk diri sendiri, keluarga dan ummah.

Walaupun majoriti peserta terdiri daripada anak-anak ahli IKRAM, namun MHI bersifat terbuka. Apabila modul dan silibusnya sudah siap dikemaskini, program MHI ini dijangka akan dihebahkan kepada umum. Ia mungkin dapat dijayakan dengan kerjasama masjid-masjid, pertubuhan-pertubuhan belia dan yang seumpamanya.

mhi1

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia