Kelonggaran kepada penerima vaksinasi lengkap

SERI KEMBANGAN – Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin telah mengumumkan kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.

 

“Ini termasuk kebenaran melaksanakan solat berjemaah di surau dan masjid serta merentas daerah atau negeri bagi pasangan suami isteri jarak jauh selain ibu bapa untuk berjumpa anak-anak di bawah umur 18 tahun.”

 

Selain itu, kelonggaran merentas daerah dan negeri bagi pasangan jarak jauh dan ibu bapa yang telah melengkapkan vaksinasi untuk berjumpa anak-anak di bawah umur 18 tahun bermula Selasa depan memberi banyak manfaat kepada institusi kekeluargaan di negara ini.

 

“Alhamdulillah, berkat doa semua kelonggaran bagi mereka yang sudah menerima dua dos vaksin telah pun diumumkan. Berkuat kuasa 10 Ogos ini, pasangan jarak jauh dibenarkan untuk merentas negeri dan daerah,” kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 

Beliau berkata, anak-anak yang sedang membesar tidak seharusnya terpisah terlalu lama daripada ibu bapa mereka.

 

“Begitu juga kepada ibu bapa yang ingin bertemu dengan anak yang berumur 18 tahun dan ke bawah,” menurutnya dalam hantaran di laman Facebook rasmi beliau semalam.

 

Ismail turut memberi jaminan bahawa cadangan serta rintihan semua pihak termasuk yang diluahkan di ruangan komen akaun media sosial beliau akan dibawa ke mesyuarat seterusnya.

 

“Insya-Allah, sedikit sebanyak ia dapat membantu kita semua,” katanya.

 

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya memaklumkan bahawa seramai 15,772,101 orang telah menerima suntikan dos pertama manakala 8,770,336 orang menerima dos kedua.

 

Ini menunjukkan sebanyak 24,542,437 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sehingga Ahad.

 

“Mengikut peratusan, 48.3 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, manakala 26.9 peratus telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 mereka,” katanya.

 

Beliau berkata, vaksinasi harian mencatatkan sebanyak 389,641 dos diberikan pada Ahad dengan 156,816 adalah pemberian dos pertama manakala 232,825 lagi adalah dos kedua.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia