1,000 jiwa bersatu tolak zina

1000jiwa2

1000jiwa4Terdahulu, program ini telah dirasmikan oleh Pengarah JAWI, Dato’ Che Mat Che Ali. Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Induk Raudhatus Sakinah Pusat, Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj; Penolong Pengarah Kanan Unit Pendidikan Masjid Negara, Ustaz Ehsan Mohd Hosni; Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom, Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia, Haji Zaid Kamaruddin, Naib Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia, Ustazah Arpah Abdul Wahab dan Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia, Datin Paduka Hajah Che Asmah Ibrahim.

Dato Che’ Mat dalam ucapan perasmiannya berkata bahawa setiap masyarakat khususnya anak-anak muda perlu dididik agar menjauhi perbuatan zina.

“Saya percaya kempen Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) ini perlu kita perluaskan lagi dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Sebelum itu, Prof Madya Dr Harlina menyampaikan ucapan aluannya di hadapan para hadirin. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan bahawa maklumat yang tepat perlu diberi kepada anak-anak remaja mengenai perubahan emosi dan fizikal terutamanya selepas mencapai usia baligh.

1000jiwa3

Beliau turut menyatakan bahawa program sebegini menjadi alternatif kepada para remaja untuk menyambut tahun baru dengan sesuatu yang bermanfaat.

Program yang diadakan selama dua hari ini turut dihadiri oleh remaja dan belia dari seluruh pelosok negara. Pengarah program, Mohamad Amirul Mohamad Letfee berkata bahawa program ini merupakan kemuncak kepada kempen ABJZ pada tahun 2010.

“Sepanjang tahun 2010, Raudhatus Sakinah telah mengadakan siri latihan modul ABJZ di sekolah-sekolah, universiti, syarikat, dan organisasi. Pada tahun ini sahaja, seramai 10,000 peserta telah melalui modul latihan ini. Himpunan ini merupakan kemuncak kepada kempen ABJZ pada tahun 2010,” jelas beliau.

Himpunan ini turut dimeriahkan dengan penglibatan beberapa nama selebriti yang tidak asing lagi seperti Aisyah, Kumpulan Saff One, Wardina, dan Imam Muda Azhar.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia