Nasional

Berita-berita semasa

Kelonggaran kepada penerima vaksinasi lengkap

“Ini termasuk kebenaran melaksanakan solat berjemaah di surau dan masjid serta merentas daerah atau negeri bagi pasangan suami isteri jarak jauh selain ibu bapa untuk berjumpa anak-anak di bawah umur 18 tahun.”

Tidak mustahil ‘pentadbiran Umar Abdul Aziz’ di Mesir – Presiden

SERI KEMBANGAN – Sekiranya kerajaan baru yang bakal memimpin Mesir berwibawa, berkebolehan dan didukung oleh kumpulan yang mempunyai kelayakan serta mendapat sokongan rakyat, mereka akan mampu membawa perubahan seperti sejarah pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz dalam masa dua tahun sahaja, dan keadaan akan kembali ke situasi normal, malah di kemuncak kemakmuran. Demikian pandangan optimis Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Dr Parid Sheikh Ahmad ketika diwawancara wartawan IKRAMedia di ibu pejabat IKRAM.

Kedutaan Mesir enggan terima memo

KUALA LUMPUR – Hampir 300 orang dari beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti pembangkang yang berkumpul di luar Kedutaan Besar Mesir di sini sejak pukul 11 pagi tadi gagal menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan itu.

Sebutir permata tersimpan mulia

KELANG – Innalillahi wainna ilaihi rajiun… Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada-Nya jua kita kembali.

Kira-kira jam 10.30 pagi semalam, Selasa 20 Safar 1432H bersamaan 25 Januari 2011, seorang pejuang Islam yang gigih dan sangat berdisiplin kembali ke pangkuan Ilahi.

Radio Amatur tarik perhatian peserta PENARA 2010

HULU YAM – ‘Radio Amatur’ adalah antara aktiviti yang berjaya menarik perhatian para peserta ‘Perkhemahan Nasional di Udara’ (PENARA) 2010 yang diadakan di Nur Laman Bestari, di sini baru-baru ini.

Khairul Fadhli ganti Abdullah Omar terajui KARISMA

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA), Khairul Fadhli Ismail dilantik sebagai Presiden KARISMA yang baharu, menggantikan Abdullah Omar Muhamad Fuad yang telah memimpin gerakan mahasiswa itu selama dua tahun. Abdullah Omar dijadualkan akan melanjutkan pelajaran ke Jordan pada hujung bulan ini.

Maher Zain ‘gemparkan’ Showcase ABJZ

KUALA LUMPUR – Peserta “Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati” menerima kejutan apabila seorang artis antarabangsa yang semakin meningkat popular di Malaysia hadir secara mengejut ketika Showcase Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) pada malam 31 Disember lepas. Artis tersebut ialah Maher Zain!

1,000 jiwa bersatu tolak zina

KUALA LUMPUR – Hampir 1,000 remaja dan belia berkumpul di Dewan Muktamar, Pusat Islam 31 Disember 2010 yang lepas dalam satu program yang dinamakan “Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati” anjuran Raudhatus Sakinah. Program yang julung kali diadakan ini mendapat kerjasama beberapa agensi dan organisasi lain seperti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Masjid Negara, Pertubuhan IKRAM Malaysia, Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) dan Kelab Remaja JIM (KRJ).

Insular Focus on MRT Risks Public Transit Goal Getting Off-track

(Surat terbuka Jawatankuasa Masyarakat Madani IKRAM kepada media berkaitan isu MRT)

It has already been announced that the Mass Rail Transit (MRT) construction will begin July next year, and we are told that the RM36bil project (not including land acquisition cost) will generate more jobs and income for the nation. MRT has been touted as the magic bullet to solve congestion woes in Greater KL.

BERSIH 2.0 tidak mahu dilihat ‘double standard’

TAMAN MELAWATI – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) 2.0 pada 11 Disember lalu telah mengadakan satu program penerangan yang dinamakan FRIENDS OF BERSIH 2.0 (FOB). Program tersebut diadakan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak di sini dan antara yang hadir termasuklah ahli-ahli IKRAM dari Kuala Lumpur, Selangor dan beberapa negeri lain.

Semasa

Nasional Berita-berita semasa Kelonggaran kepada penerima vaksinasi lengkap “Ini termasuk kebenaran melaksanakan solat berjemaah di surau dan masjid serta merentas

Read More »

ARTIKEL POPULAR

Group 10

ARKIB

Group 10
Archives

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia