Perasmian muktamar disempurnakan oleh Ustaz Ariffin Sebli, Pengerusi Tarbiah IKRAM Sarawak. Dalam ucapan perasmian, beliau turut menyentuh fungsi serta peranan utama golongan muda dalam perjalanan dakwah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Slot pertama ialah berkenaan dengan “Keaslian Tarbiah” oleh Ustaz Ali Fathullah diikuti dengan tajuk “Dakwah Kampus” oleh Hj Norazmi Mat Noh, Timbalan Pengerusi JKPM Pusat yang berkongsi pengalaman dakwah di medan mahasiswa.
Muktamar diteruskan dengan bengkel oleh Saudara Amir Ismail selaku Pengerusi JKPM Sarawak pada sebelah malamnya. Bengkel ini memfokuskan kepada outcome yang diperoleh daripada penyampaian penceramah dalam dua slot sebelum ini, yang perlu diterjemahkan dalam bentuk pelan tindakan.
Muktamar Tarbawi pada hari kedua diteruskan dengan perkongsian oleh Sdr Amir mengenai “Cabaran dan Faktor Kejayaan Dakwah dan Tarbiah Kampus” yang mengupas peranan mahasiswa dalam gerak kerja dakwah kampus dan cabaran-cabaran mahasiswa di peringkat dalaman mahupun luaran.
Majlis penutup muktamar disempurnakan oleh Hj Norazmi, yang turut menyentuh usaha setiap individu untuk menubuhkan IKRAM Siswa di IPT masing-masing sebagai wadah IKRAM di kampus.
Semoga muktamar ini menjadi momentum buat semua mahasiswa memperkasakan serta melonjakkan aktivisme dakwah dan tarbiah di negeri Sarawak, dan memberi sinergi dalam menggerakkan mahasiswa dalam memimpin perubahan ummah, insya-Allah.