Sumbangan Ramadan untuk fakir miskin Batu Tiga

Pogram bermula dengan ucapan alu-aluan oleh Nazir Masjid, Ustaz Zakaria Kassim. Beliau menekankan bahawa pihak masjid mengalu-alukan apa-apa saja program bersama dengan mana-mana organisasi kecuali yang berkaitan dengan politik.


Kemudian program diteruskan dengan tazkirah oleh Timbalan YDP IKRAM Selangor, Ustaz Samsul Maarif Ismail. Para jamaah kemudian bersedia untuk berbuka dan bersolat Maghrib. Hampir 450 orang telah menghadiri majlis ini, mengatasi sasaran asal seramai 400 orang.

Selepas solat Maghrib dan berbuka puasa, Imam Muda Osama Abu Warda memberi penerangan ringkas tentang perkembangan terkini di Palestin. Beliau menekankan kewajipan seluruh umat Islam untuk membantu membebaskan Palestin dan Masjid al-Aqsa.

Selepas itu, beliau mengimamkan solat Isyak, tarawih dan witir, yang diiringi dengan tazkirah Ustaz Abdullah Hashim yang dijemput pihak masjid selepas tarawih rakaat ke-4. Beliau menyarankan agar amalan sedekah diteruskan pada bulan-bulan lain, bukannya terhenti pada bulan Ramadan sahaja.


Majlis diteruskan dengan ucapan YB Ir Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan YB Hjh Rodziah Ismail, Exco Selangor merangkap ADUN Batu Tiga. Kedua-duanya kemudian telah menyampaikan sumbangan tajaan IKRAM dan DUN Batu Tiga kepada lebih 100 orang fakir miskin. Turut mengiringi YB Khalid memberikan sumbangan ialah YDP IKRAM Selangor, Prof Madya Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Batu Tiga, Dr Tahir Abd Rahman dan YDP IKRAM Shah Alam, Hj Norazmi Mat Noh serta ahli-ahli IKRAM Shah Alam. Kutipan untuk Palestin juga dibuat oleh Aqsa Syarif Shah Alam dengan mengumpulkan derma sebanyak RM1,872.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia