Nasional

Berita-berita semasa

Kelonggaran kepada penerima vaksinasi lengkap

“Ini termasuk kebenaran melaksanakan solat berjemaah di surau dan masjid serta merentas daerah atau negeri bagi pasangan suami isteri jarak jauh selain ibu bapa untuk berjumpa anak-anak di bawah umur 18 tahun.”

Nasional

Seminar Wanita dan Syariah: Anti-famili dan pro-famili

KENYATAAN AKHBAR SEMPENA

SEMINAR WANITA DAN SYARIAH 2012

Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Selangor

Pada hari ini Ahad, 14 Oktober 2012 bersamaan 27 Zulkaedah 1433H, Wanita IKRAM Negeri Selangor mengadakan Seminar Wanita dan Syariah dengan tema “Mengarusperdanakan Keluarga Asas Pembangunan Masyarakat.”

Nasional

Besut ungguli Sukan IKRAM Terengganu

DUNGUN – IKRAM Negeri Terengganu telah berjaya mengadakan Sukan IKRAM Negeri Terengganu 2012 (untuk lelaki) pada Sabtu 6 Oktober 2012 di Kompleks Sukan UiTM Dungun yang disertai 100 peserta daripada empat kontinjen IKRAM daerah iaitu Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu dan Besut. Kejohanan dirasmikan oleh Timbalan YDP IKRAM Terengganu, Hj Nawawi Yusof.

Nasional

3MIT: Muzakarah rintis kepimpinan masyarakat madani

KEMAMAN – Muzakarah Masyarakat Madani IKRAM Terengganu 2012 (3MIT) telah berjaya diadakan pada 21 September 2012 bersamaan 5 Zulkaedah 1433 di Dewan Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kerteh di sini. Program anjuran Jawatankuasa Masyarakat Madani Negeri ini telah dirasmikan oleh Presiden IKRAM, Ust Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad, dihadiri hampir 200 orang pimpinan dan ahli IKRAM seluruh Terengganu.

Nasional

Muktamar Tarbawi Mahasiswa Sarawak pacu dakwah di IPT

BINTULU – Muktamar Tarbawi Mahasiswa Sarawak 2012 telah berlangsung pada 15-16 September lalu di Madrasah Al Quran (MAQ) di sini, anjuran Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa (JKPM) IKRAM Negeri Sarawak. Seramai 83 aktivis mahasisiwa menyertai muktamar yang julung kali diadakan.

Nasional

I’tikaf Perdana IKRAM Pulau Pinang

PULAU PINANG – I’tikaf Perdana IKRAM Pulau Pinang telah diadakan pada 10-12 Ogos yang lalu di Masjid Daerah Barat Daya, Masjid Al-Mukhtar, Balik Pulau dengan kehadiran sekitar 200 ahli IKRAM.

Nasional

Sumbangan Ramadan untuk fakir miskin Batu Tiga

SHAH ALAM – Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Fakir Miskin DUN Batu Tiga anjuran Jawatankuasa Khidmat Masyarakat IKRAM Negeri Selangor dan IKRAM Shah Alam dengan kerjasama DUN Batu Tiga dan Masjid Fastabiqul Khairat telah dilaksanakan dengan jayanya pada Sabtu 22 Ramadan 1433 H bersamaan 11 Ogos yang lalu.

Sumpah Laknat Tidak Ikut Syariat – Presiden IKRAM

SERDANG – Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad menegaskan bahawa sumpah laknat yang digunakan untuk membuktikan tuduhan zina atau liwat terhadap seseorang, tidak mengikut prosedur pembuktian jenayah dalam Islam. Beliau menegaskan perkara tersebut ketika ditemuramah Malaysia Harmoni mengenai sumpah laknat yang dilakukan Datuk Shazryl Eskay Adullah di Masjid Bandar Baru Sentul baru-baru ini.

masma1
Nasional

Majlis Amal Sumbangsih Musolla Sri Al-Amin Bangi (MASMA) meriah

masma2.jpg

BANGI –  Majlis Amal Sumbangsih Musolla Sri Al-Amin Bangi (MASMA) telah disempurnakan pada pagi Sabtu 30 April 2011 di Dewan Gemilang, German Malaysian Institute. Majlis ini diadakan bagi mengutip sumbangan amal untuk membina musolla Sri Al-Amin. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Pengarah Bersama MASMA, Ir. Hj. Zairulshahfuddin Zainal Abidin yang juga Pengarah Negara, Islamic Relief Malaysia (IRM).

KARISMA – Organisasi Anak Muda Peneraju Perubahan

BANGI – Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) diiktiraf sebagai “Organisasi Anak Muda Peneraju Perubahan” dalam Program Jelajah Belia Selangor anjuran Pejabat Menteri Besar Selangor dengan kerjasama Merdeka Center pada petang Jumaat, 29 April 2011 di Bangi Golf Resort. Di samping KARISMA, turut mendapat anugerah yang sama adalah Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kumpulan Mahasiswa Independen (KAMI) dan Solidariti Anak Muda Malaysia.

Semasa

Nasional Berita-berita semasa Kelonggaran kepada penerima vaksinasi lengkap “Ini termasuk kebenaran melaksanakan solat berjemaah di surau dan masjid serta merentas

Read More »

ARTIKEL POPULAR

Group 10

ARKIB

Group 10
Archives

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia