Makan Malam Amal Palestin bersama Dr Azzam Tamimi

mmap1

Seramai 350 orang penyumbang hadir ke majlis ini sebagai menghargai sumbangan mereka dengan membeli meja makan malam tersebut. Semasa makan malam, penyumbang yang hadir dipersembahkan dengan alunan merdu oleh penyanyi Muadz dan paluan unik beberapa instrumen oleh pemuzik Hafiz, dengan lagu-lagu seperti Kasih Sejarak Dua Jari, Belaian Jiwa, Sunnah Berjuang dan Islami Ya Quds.

Dalam ucaptama Dr Azzam, yang juga Pengarah Institut Pemikiran Politik Islam di London, menyatakan bahawa kejatuhan rejim Hosni Mubarak adalah berita yang paling gembira. Dengan semangat jihad rakyat Mesir menentang kezaliman, akhirnya rejim itu tumbang. Rejim Hosni Mubarak banyak menyumbang kepada meningkatnya penindasan Zionis terhadap rakyat Palestin, antaranya pembinaan tembok “penjara” di sempadan Mesir dan juga penutupan pintu sempadan Palestin – Mesir di Rafah.

mmap2

Menurutnya, revolusi kejatuhan pemimpin-pemimpin zalim di Timur Tengah adalah natijah daripada kezaliman mereka terhadap rakyat. Revolusi rakyat akan berterusan di seluruh dunia Arab. Pemimpin-pemimpin rejim di dunia Arab tidak boleh menganggap mereka ada imuniti dan kebal daripada kejatuhan dengan menyerang dan menakutkan rakyat.

Allah s.w.t. boleh menjatuhkan sesebuah kerajaan dengan sekelip mata. Beliau mengaitkan peristiwa Firaun dan tenteranya yang mengejar Nabi Musa a.s. serta pengikutnya. Hanya dengan tongkat yang membelah lautan, dengan izin Allah, Musa a.s. dan pengikutnya terselamat dan pemerintah zalim Firaun dan tenteranya tenggelam dan mati lemas.

Beliau juga menafikan bahawa revolusi di Timur Tengah adalah konspirasi Amerika Syarikat dan Zionis. Revolusi di sana adalah revolusi yang tulen daripada rakyat, hasil penindasan yang sekian lama ke atas mereka. Pihak Barat tidak menjangka revolusi ini akan berlaku dan berfikir bagaimana untuk berurusan dengan revolusi yang telah terjadi.

Hasil pembelian meja makan malam itu, dianggarkan sumbangan lebih RM30,000 berjaya dikutip untuk membantu rakyat Palestin. Sebelum mengakhiri majlis, Muadz mendendangkan lagu Stand Up dengan penuh bertenaga.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia