Majlis Amal Sumbangsih Musolla Sri Al-Amin Bangi (MASMA) meriah

masma1

Beliau menghargai usaha penggerak, sukarelawan dan penyumbang, warga Al-Amin dan semua pihak yang menjayakan MASMA. Beliau berharap segala usaha dan mujahadah dalam menjayakannya diredhai dan dirahmati Allah swt.

masma3 masma4

Seterusnya, penonton disajikan dengan persembahan angklung murid-murid Sekolah Rendah. Alunan bambu diiringi oleh keyboard memukau penonton dengan lagu-lagu Ya Nabi, Soleram dan Ayam Den Lopeh. Alumni Sri Al-Amin (FASA) mempersembahkan dua buah lagu “Indahnya Hidup ini” dan “Magic”. Lagu “Magic” ciptaan mereka sendiri menggambarkan keajaiban qiyamullail.

MASMA bukan sahaja diisi dengan persembahan halwa telinga tetapi turut diisi dengan santapan minda dan rohani. Pengisian bersemangat oleh Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, Pengerusi Aqsa Syarif, menyuntik semangat untuk semua pihak terus menggembleng tenaga agar mengembalikan Islam ke tempatnya  yang tertinggi.

masma5

Pengisian beliau padat dengan motivasi untuk hadirin terus bersedekah dan menginfakkan sebahagian rezeki yang diberikan Allah swt. Salah satunya ialah doa yang diajarkan oleh Imam As-Syafie mafhumnya:

Semoga Allah mengganjari apa yang anda berikan dan menjadikannya pembersih (penyuci/pengubat) buatmu dan semoga diberkati apa yang masih anda simpan”.

masma6 masma8

Persembahan diteruskan dengan persembahan mantap artis profesional iaitu Muadz dan Saff-One yang tidak asing lagi di persada nasyid tanah air. Turut mencuri tumpuan hadirin ialah persembahan Dikir Barat oleh pelajar-pelajar lelaki Tingkatan 4. Penggemblengan elemen dikir barat Kelantan dan gerak badan Aceh yang cergas dan tangkas memberi kelainan yang begitu unik.  Gerak badan yang tangkas serasi dengan jiwa rijal Al-Amin.

 masma7

MASMA diakhiri dengan meriah dengan nasyid beramai-ramai artis jemputan, pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Majlis ditutup dengan doa syahdu yang dipimpin oleh Muallim Imaduddin.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia