Mukhayyam Khariji: Pertaut ukhuwah syabab dan syuyukh

mukhariji

Seramai 40 orang ahli IKRAM menyertai mukhayyam ini yang mempertautkan ukhuwah antara orang muda dan orang lama dalam saf perjuangan dakwah. Selepas Zohor, peserta dibahagikan kepada lima kumpulan menggabung kedua-dua generasi ini. Setiap kumpulan dikehendaki melantik ketua dan membincangkan logo, tema, dan “army-yell” untuk dipersembahkan selepasnya.

Kemudian, diadakan taaruf dengan memilih pasangan masing-masing dalam setiap kumpulan. Kemudian, setiap peserta dikehendaki memperkenalkan biodata pasangannya di hadapan ramai dengan mengingat sendiri tanpa apa-apa catatan yang ditulis. Yang muda, ada yang memperkenalkan yang lama dan yang lama, ada yang memperkenalkan yang muda. Di sini ukhuwah dua generasi terjelma.

Slot kedua selepas Asar, peserta dikehendaki berjalan kaki sejauh 1.3 kilometer untuk mencari jawapan untuk beberapa soalan yang diberikan penganjur berdasarkan klu daripada ayat-ayat Al-Quran. Ia juga sebagai latihan persediaan untuk jungle trekking pada keesokannya.

Slot ketiga selepas Isyak,  setiap kumpulan dikehendaki mengadakan perbincangan untuk menjawab 120 soalan yang merangkumi bidang sejarah Islam, sejarah Malaysia, geografi, fiqh, Al-Quran dan hadith sebagai tarbiyah aqliyah untuk seorang pendakwah supaya mempunyai ilmu yang luas. Soalan-soalan yang disediakan begitu mencabar  minda peserta kerana markah tertinggi yang mampu dicapai adalah 78%.

Pada awal pagi keesokannya, peserta dikehendaki melakukan qiyamullail fardi sebagai tarbiyah ruhiyah untuk membersihkan rohani dan merapatkan hubungan dengan Allah s.w.t. Selepas solat Subuh dan bacaan Ma’thurat, peserta berkumpul untuk memulakan tarbiyah jasadiyah, jungle trekking menuju air terjun Sungai Lepoh sejauh 3.5 kilometer. 70% daripada perjalanan adalah berbukit, ditambah pula dengan hujan sebelumnya menyebabkan tanah berselut dan becak yang licin mencabar fizikal dan mental peserta untuk melaluinya. Setelah melalui pelbagai halangan, naik dan turun, akhirnya peserta sampai juga ke air terjun Sungai Lepoh.

Setelah solat dhuha dan bermandi-manda di air terjun, peserta pulang semula ke kem pada tengaharinya untuk makan tengahari. Selepas solat Zohor, peserta membentangkan pengalaman masing-masing semasa jungle trekking dan mengaitkannya dengan perjalanan dakwah semasa sebagai pengajaran. Antara yang menarik adalah naik turun bukit memberi pengajaran naik turunnya iman kita, juga naik turunnya perjalanan dakwah jamaah. Selama mana naik dan turun dakwah, selagi itu juga dakwah perlu diteruskan oleh kita walau apa keadaan sekalipun.

Semua peserta berpuas hati dengan program yang dijalankan dan program seumpamanya sentiasa diadakan menggabungkan generasi baru dan lama. Pengarah program, Wan Ahmad Sanadi mengharapkan program ini dapat merapatkan ukhuwah syabab dan syuyukh di samping dapat menggerakkan lagi program-program IKRAM Shah Alam dengan sinergi dua generasi dengan “Hikmatusy Syuyukh Wa Hamasatusy Syabab” (Hikmah orang lama dan semangat orang muda).

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia