Sudut Artikel

Terokai dan hayati pelbagai pandangan, perasaan dan ilmu pengetahuan

Minda Editor

Mempertautkan Bangsa Malaysia melalui dialog

Dialog adalah jambatan penghubung bagi individu yang mempunyai perbezaan, lebih daripada menjadi jambatan bagi individu yang mempunyai persamaan. 

Sebuah kereta untuk guruku

(Sebuah kisah benar sebagai motivasi hidup berjemaah di jalan dakwah)

Tidak mampu melakukan sesuatu bukan bermakna tidak mampu melakukan apa-apa! Setiap manusia dilahirkan bersama kemahiran dan keistimewaan masing-masing. Ia adalah fitrah dan sunnatullah.

Itulah falsafah hidup yang digenggam kukuh oleh dua orang akhawat yang telah berniat mewakafkan hidup mereka untuk Allah dan risalah dakwah. Mereka adalah ahli-ahli usrah Ustazah Maznah Daud, Ketua Wanita IKRAM.

Apa yang Ikhwanul Muslimin kehendaki?

(Pendirian Ikhwanul Muslimin dalam penyertaan kebangkitan rakyat Mesir dapat disimpulkan menerusi rencana Essam El-Errian yang disiarkan oleh akhbar New York Times pada 9 Februari, 2011 ini.)

Rakyat Mesir telah menyatakan pendirian dan menzahirkannya secara empati. Dalam tempoh dua minggu demonstrasi, kami secara teguh menuntut demokrasi dan kebebasan. Ini adalah usaha sekumpulan rakyat Mesir yang berani yang mencetuskan peristiwa dan peluang bersejarah ini pada 25 Januari. Ikhwanul Muslimin komited dalam menyertai usaha peringkat negara untuk kemajuan dan reformasi.

IKRAM Teens Daerah Batu dilancarkan

BATU CAVES – Pada 15 Februari lalu, bertempat di pejabat IKRAM Daerah Batu, IKRAM Teens Daerah Batu telah dilancarkan. Perasmian majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pemuda IKRAM Daerah Batu, Ammar Mohd Zain.

Dengan moto, “Menyerlah Jauh daripada Biasa”, IKRAM Teens menawarkan pelbagai aktiviti yang dapat meningkatkan kekuatan mental dan fizikal, antaranya paintball, futsal, bowling, dialog, ‘Remaja Raikan Ramadan’ dan ‘Meniti Usia Baligh’.

Surat Ikhwanul Muslimin untuk rakyat Amerika

(Surat ini ditulis oleh Abdel Moneim Abou el-Fotouh dan telah disiarkan dalam akhbar Washington Post, Khamis, 10 Februari 2011)

Seperti juga rakyat Mesir dari segenap lapisan masyarakat, kami dalam Ikhwanul Muslimin mengambil bahagian dalam kebangkitan popular untuk menggulingkan seorang diktator yang represif. Hampir keseluruhan rakyat Mesir menuntut pengusiran Hosni Mubarak dan rejimnya.

Dr Harlina diumum penerima Anugerah Saidatina Khadijah

SHAH ALAM – Ahli Jawatankuasa IKRAM, Prof Madya Dr Harlina Halizah Haji Siraj adalah antara lima penerima anugerah khas sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Selangor tahun ini yang diadakan di Stadium Melawati di sini.

Mesir: Ikhwanul Muslimin adalah ‘partner’ bukan ‘leader’

Melihat situasi di negara-negara Arab yang kian bergolak khususnya Mesir, wakil IKRAMedia telah bertemu Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad di pejabatnya pada Khamis 10 Februari 2011, bertujuan mendengar pandangan beliau mengenai kemelut kebangkitan rakyat yang terjadi itu.

Yang berikut adalah transkripsi penuh wawancara yang telah dilangsungkan bersama beliau.

Gejala Zina dan Pendidikan Seksualiti

Kenyataan Media
Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia

7 Oktober 2010 / 28 Syawal 1431H

GEJALA ZINA DAN PENDIDIKAN SEKSUALITI

1.0 Pertubuhan Wanita IKRAM Malaysia memandang serius ke atas pergaulan bebas dan gejala zina yang begitu membarah di kalangan masyarakat kebelakangan ini mengakibatkan meningkatnya kes-kes pembuangan bayi yang tidak berdosa. Perbincangan yang di paparkan di dada-dada akhbar pula tidak menampakan langkah penyelesaian yang menjurus kepada penyelesaian masalah ini ke peringkat akar umbi.

Aqsa Syarif bantu bina kilang roti di Gaza

KAJANG – Sebuah kilang roti akan dibangunkan di Gaza bagi memenuhi keperluan penduduk di wilayah yang sedang ditindas Zionis Israel. Untuk tujuan itu, satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara Aqsa Syarif Berhad dengan sebuah NGO, The Islamic Society of Jabalia City (ISJ), Gaza dalam satu majlis yang diadakan di pejabat Aqsa Syarif dekat sini.

Tidak mustahil ‘pentadbiran Umar Abdul Aziz’ di Mesir – Presiden

SERI KEMBANGAN – Sekiranya kerajaan baru yang bakal memimpin Mesir berwibawa, berkebolehan dan didukung oleh kumpulan yang mempunyai kelayakan serta mendapat sokongan rakyat, mereka akan mampu membawa perubahan seperti sejarah pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz dalam masa dua tahun sahaja, dan keadaan akan kembali ke situasi normal, malah di kemuncak kemakmuran. Demikian pandangan optimis Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Dr Parid Sheikh Ahmad ketika diwawancara wartawan IKRAMedia di ibu pejabat IKRAM.

PKP: Mengubah ujian menjadi anugerah dakwah

 

Dunia kini berada dalam krisis yang tidak pernah dialami sebelumnya. Situasi tidak akan kembali menjadi seperti sediakala pasca krisis ini tentunya. Andaian ini pada hemat saya, seolah-olah suatu realiti  yang pasti berlaku jika kita membaca apa yang ditulis di pelbagai media seluruh dunia. 

Read More »

PKP: Mod ‘keras’ dilaksanakan

SERI KEMBANGAN – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Penguatkuasaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini memasuki mod ‘keras’ dalam usaha memastikan masyarakat patuh kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Read More »

Solidariti 74 negara cari vaksin COVID-19


SERI KEMBANGAN – Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, sebanyak 74 negara telah menyatakan persetujuan dan kini dalam proses mencari vaksin paling berkesan bagi merawat penyakit COVID-19.

Read More »

2,359 sukarelawan tawar diri bantu KKM


SERI KEMBANGAN – Sehingga kini terdapat keseluruhan 2,359 orang sukarelawan yang telah menawarkan diri untuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menangani penularan wabak COVID-19, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Read More »

ARTIKEL POPULAR

Group 10

ARKIB

Group 10
Archives

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia