Gejala Zina dan Pendidikan Seksualiti

2.0 Tanpa menafikan kepentingan usaha-usaha bagi menyelamatkan pembuangan bayi yang tidak berdosa diteruskan, Wanita IKRAM Malaysia menyeru supaya langkah penyelesaian yang lebih holistik dilaksanakan dengan meningkatkan usaha mencegah zina. Masyarakat perlu kembali mengamalkan cara hidup berpandukan ajaran agama masing-masing. Bagi umat Islam tiada pilihan lain kecuali kembali sepenuhnya kepada ajaran Islam berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

3.0 Pengajaran pendidikan seksualiti pula dilihat sebagai salah satu dari langkah pencegahan. Ianya juga adalah merupakan komponen yang ditekankan di dalam sistem pendidikan Islam. Adalah amat penting bagi pihak penggubal dasar dan pelaksana memahami konsep dan objektif pendidikan seksualiti yang hendak dilaksanakan agar kerangka dan hala tuju pelaksanaanya dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan tidak tersasar dari landasan agama.

4.0 Wanita IKRAM mencadangkan agar pendidikan seksualiti yang hendak dilaksanakan perlu berupaya mencegah gejala zina. Ia hendaklah berjaya mencapai objektif-objektif berikut:

(i). Pendekatan yang menyeluruh, melibatkan 5 dimensi – biologikal, intelektual, emosi, sosial dan spiritual. Pendidikan yang hanya menekankan aspek biologikal tanpa input tentang nilai agama dan moral akan gagal membina jati diri anak-anak kita dan seterusnya gagal mengawal gejala zina yang dihadapi pada masa kini;

(ii) Pendidikan seksualiti perlu sentiasa dikaitkan dengan persoalan akidah, akhlak, tingkah laku mulia, menjauhi kemungkaran dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada orang lain;

(iii) Pendidikan seksualiti yang disampaikan perlu mampu mengeluarkan generasi muda dari segala bentuk kecelaruan yang akan menimbulkan masalah yang perlu ditanggung oleh semua anggota masyarakat kemudian kelak. Mereka perlu difahamkan dengan gaya hidup seksual yang selaras dengan nilai dan garis hidup yang ditetapkan oleh Islam; dan

(iv) Kandungan pengisian pendidikan seksualiti mestilah mampu menjurus anak-anak yang dididik ke arah memahami diri sendiri dan seterusnya membawa mereka kepada mengenali serta patuh kepada Allah swt sebagai Tuhan mereka.

Jelas sekali bahawa bentuk pelajaran dan pengajaran pendidikan seksualiti yang disarankan adalah jauh berbeza dari apa yang dilaksanakan di Negara Barat.

5.0 Seterusnya pihak kerajaan juga digesa untuk merangka satu pelan tindakan yang bersepadu bagi membendung pergaulan bebas dan gejala zina di negara ini. Pelan tindakan ini perlu berupaya melahirkan usaha yang melibatkan setiap individu masyarakat untuk bertindak. Pelan Tindakan ini perlu menekankan perkara-perkara berikut:

(i) Usaha bersungguh-sungguh semua pihak dengan tegas menutup semua ruang yang boleh menggalakkan zina. Penerbitan dan pengedaran majalah, komik, video, filem dan seumpamya yang berbentuk lucah serta kemasukkan filem-filem yang mempaparkan gaya hidup pergaulan dan seks bebas perlu dihentikan. Tingkatkan kawalan ke atas pusat-pusat hiburan, penganjuran konsert dan aktiviti yang menggalakkan pergaulan bebas di luar batasan syarak dan adat. Usaha pencegahan maksiat perlu diperkasakan.

(ii) Usaha membina jati diri generasi muda bagi mengembalikan mereka kepada kehidupan seimbang yang tidak hanya mementingkan materialistik, keseronokan semata-mata perlu menjadi agenda penting pembangunan negara.

(iii) Peranan pihak media dalam mempromosi dan menerapkan nilai-nilai murni dan kehidupan beragama yang mementingkan penjagaan maruah diri dalam setiap tindak tanduk yang dilakukan.

(iv) Kedudukan wanita dan anak gadis yang sering kali menjadi mangsa kepada pergaulan bebas dan gejala zina perlu dikembalikan ke tempatnya yang sebenar. Kaum wanita perlu terus disedarkan dan diperkasakan untuk menjaga kehormatan, maruah dan harga diri mereka agar mereka dimuliakan dan tidak jatuh ke martabat yang hina seperti di zaman jahiliah dahulu.

(v) Melaksanakan kempen besar-besaran bagi membendung pergaulan bebas dan gejala zina ke akar umbi. Masyarakat perlu ditaman dengan sikap bahawa zina adalah satu perbuatan yang keji dan membenci perbuatan zina yang merosakan nasab keturunan.

(vi) Institusi keluarga perlu diperkukuhkan bagi mengutamakan tanggungjawab yang lebih mencabar dalam mendidik generasi yang akan datang.

USTAZAH MAZNAH DAUD
KETUA WANITA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA

Kenyataan ini disokong oleh:
1. WANITA PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)
2. PERTUBUHAN MAWADDAH MALAYSIA
3. RAUDHATUS SAKINAH BHD

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia