Apa yang Ikhwanul Muslimin kehendaki?

Dalam tempoh lebih daripada lapan dekad, Ikhwanul Muslimin secara konsisten mengetengahkan agenda perubahan dan reformasi yang berperingkat-peringkat ini. Prinsip kami amat jelas sejak penubuhan gerakan ini pada tahun 1928, tegas untuk menolak keganasan. Selama tiga puluh tahun yang lalu kami memberikan cabaran yang besar tetapi secara aman kepada parti Hosni Mubarak, Parti Demokrasi Kebangsaan sambil kami menyuarakan dan memperjuangkan nasib golongan rakyat yang telah dipinggirkan demi menghadapi rejim Mubarak yang menindas.

Kami telah berulang kali berusaha menyertai proses dan sistem politik yang ada tetapi usaha ini telah ditolak atas alasan Ikhwanul Muslimin adalah organisasi yang diharamkan di Mesir sejak tahun 1954. Tetapi, jarang sekali disebut bahawa Mahkamah Pentadbiran Mesir pada Jun 1992 telah menyatakan tidak ada asas undang-undang untuk mengharamkan pertubuhan kami.

Dalam arus kebangkitan rakyat Mesir, kami dijemput untuk terlibat dalam pelbagai rundingan mengenai peralihan kuasa secara aman. Bersama wakil-wakil pembangkang yang lain, baru-baru ini kami menyertai perbincangan bersama Naib Presiden Omar Suleiman. Kami datang tanpa sebarang agenda tersendiri – agenda kami ialah untuk rakyat Mesir, yang telah kami nyatakan dengan tegas sejak awal kebangkitan rakyat lagi.

Matlamat kami ialah mencapai reformasi dan hak-hak semua rakyat, bukan hanya untuk Ikhwanul Muslimin, dan bukan hanya untuk orang-orang Islam tetapi semua rakyat Mesir. Kami tidak berhasrat untuk mengambil peranan yang dominan dalam peralihan politik akan datang.

Sementara kami bersikap terbuka terhadap rundingan, kami ingin terus menegaskan tuntutan rakyat yang mesti dipenuhi sebelum sebarang perundingan serius ke arah kerajaan baru. Rejim Mubarak (telah diturunkan, penterjemah) belum menunjukkan komitmen serius untuk memenuhi tuntutan rakyat ini.

Sambil negara Mesir menuju ke arah kebebasan, kami tidak bersetuju terhadap dakwaan bahwa opsyen yang ada bagi Mesir hanyalah kerajaan sekular, demokrasi liberal atau teokrasi yang autokratik. Demokrai liberal sekular ala Amerika dan Eropah dengan penolakan agama dalam kehidupan awam bukanlah model sebenar kepada demokrasi yang sah.

Di Mesir, agama terus menjadi bahagian yang penting dalam budaya dan kehidupan. Menuju ke hari depan, kami bertekad untuk membentuk negara sivil yang demokratik yang berasaskan ukuran kebebasan dan keadilan yang sejagat, yang menjadi nilai asas kepada Islam. Kami berpegang kepada demokrasi bukan sebagai konsep asing yang perlu diselaraskan dengan tradisi kami tetapi sebagai prinsip dan objektif yang selaras dengan Islam malahan menguatkan lagi asas-asasnya.

Kezaliman pemerintah kuku besi mesti disingkir untuk pelaksanaan reformasi yang segera, komitmen terhadap perubahan dan jaminan kebebasan kepada semua dan peralihan kepada demokrasi. Ikhwan Muslimin berdiri teguh di belakang tuntutan-tuntutan seluruh rakyat Mesir ini.

Reformasi yang lancar dan berperingkat mesti bermula sekarang. Ia mesti bermula di atas syarat-syarat yang telah dituntut oleh jutaan rakyat Mesir selama beberapa minggu lalu. Perubahan tidak berlaku dalam satu malam tetapi tuntutan kepadanya adalah sekarang – dan ia akan membawa kita kepada asas baru dalam keadilan dan kemajuan.

(Essam El-Errian adalah ahli Majlis Penasihat Ikhwanul Muslimin di Mesir.)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia