PKP: Mengubah ujian menjadi anugerah dakwah

Dunia kini berada dalam krisis yang tidak pernah dialami sebelumnya. Situasi tidak akan kembali menjadi seperti sediakala pasca krisis ini tentunya. Andaian ini pada hemat saya, seolah-olah suatu realiti  yang pasti berlaku jika kita membaca apa yang ditulis di pelbagai media seluruh dunia.

 

Apa yang sedang berlaku di dunia secara keseluruhan, berlaku juga ke atas kita dalam harakah Islamiah (gerakan Islam). Kajian menunjukkan bahawa mehnah uzlah (dibaca Perintah Kawalan Pergerakan) di rumah-rumah berkait beberapa hal mengenai kita sebagai individu, juga harakah sebagai sebuah jamaah.

 

Kewajipan dakwah

 

Dakwah kepada Allah adalah wajib ke atas orang Islam. Ini adalah satu kaedah dalam Usul Dakwah yang tiada khilaf. Ia berdasarkan nas-nas yang banyak.

 

Kewajipan di sini bermaksud fardu yang diguna pakai oleh para usuliyyun selain mazhab Hanafi; mereka berpendapat bahawa perkataan wajib dan fardu itu punya erti yang sama. Fardu maknanya ialah suatu yang Allah SWT suruh di atas jalan ilzam (mesti) yang mana pelakunya diberi pahala dan dibalas buruk bila meninggalkannya.

 

Kita sedang berbicara tentang kewajipan daripada kewajipan-kewajipan setara dengan hukum mengerjakan solat dan puasa; diberi pahala bagi yang mengerjakannya dan berdosa bagi yang meninggalkannya.

 

Justeru, pengabaian terhadap tugas dakwah tidak dibolehkan dan pelakunya berdosa khususnya bila orang yang mengabaikan itu membesar dalam inkubator dakwah yang memiliki segala pengetahuan, alatan, dalil dan bukti yang menjadikannya layak dibebankan taklif. Berbeza dengan orang yang tidak dibesarkan dalam situasi tersebut.

 

Siapa yang duduk di rumahnya mengasingkan dirinya daripada dakwah disebabkan perselisihan peribadi dan sebagainya, ia berdosa bila meninggalkan kewajipan dakwah tersebut; paling tidak dakwah fardiah kepada Allah menurut ilmu yang dimilikinya terutama terhadap orang yang dikenalinya.

 

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Allah SWT menghisab manusia pada hari kiamat, firman Allah SWT (hadis Qudsi):

 

يقول الله تبارك وتعالى للقارئ ألم أعلمك ما أنزلت على رسولي صلى الله عليه وسلم، قال بلى يا رب، قال فماذا عملت فيما علمت

 

“Allah berfirman kepada pembaca: Bukankah Aku telah turunkan ke atas Rasul-Ku? Jawabnya: Bahkan ya wahai Tuhanku. Allah bertanya: Apakah yang kamu telah lakukan?” (Jami’ Tirmidzi , Sahih Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah)

 

Atas prinsip itu, maka duduk kita di rumah terasing daripada solat Jumaat dan berjemaah (di masjid atau surau) serta terpisah daripada dakwah yang disusun oleh tanzim bukan bermakna cuti terbuka daripada kerja dakwah.

 

Setiap kerja di dunia ini ada cuti dan masa pencennya melainkan tugasan dakwah; ia tidak bergaji, tiada cuti dan tiada pencen. Kewajipan kita hari ini sebagai duat (pendakwah) ialah mencari ruang dalam krisis ini untuk memajukan dakwah sama seperti kita mencari rezeki untuk meneruskan hidup; kita tidak pernah berhenti mencari untuk survival hidup bukan??

 

Rumah yang makmur

 

Roda kehidupan terhenti seketika dalam bentuk mengejut dan tiba-tiba. Duduknya kita di rumah dengan cara ini tidak pernah kita jangka, menjadikan kita semua memakmurkan rumah-rumah kita masing-masing. Kita terlekat dan berdampingan dengan keluarga dalam situasi yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

 

Semoga ia menyedarkan kita betapa sebahagian kita telah mengabaikan dakwah terhadap keluarga terdekat. Sebelum ini, kita dihidangkan dengan kisah kealpaan para duat di rumah. Anak-anak terpisah dengan adab dan disiplin diri sedangkan ibu bapa para duat alpa dan sibuk dengan masalah dunia; kerjaya dan pencarian rezeki.

 

Ada juga yang sibuk berdakwah kepada orang lain, sedangkan dakwah di rumah bersama keluarga terabai. Semua ini punya rantaian kisah yang terlalu panjang dan perit untuk dikongsikan.

 

Justeru, menjadi kewajipan kita semua mengambil peluang daripada ujian PKP ini untuk kita mengubahnya menjadi anugerah dakwah bagi memanfaatkan keberadaan kita di rumah secara paksa, kembali melihat hubungan kita agar ia menjadi anugerah rabbaniyyah buat semua.

 

Duat hari ini ketika berada di rumah berhadapan dengan dua pilihan:

 

Pilihan pertama:

Sama ada kita terus membiarkan keluarga sibuk dengan Internet menambah derita jiwa dari masa ke semasa… Kisah-kisah yang mengecewakan berkaitan telefon pintar dan Internet terlalu banyak.

 

Kesimpulannya, situasi itu telah menukar individu keluarga hidup di pulau-pulau berasingan, syaitan menyelinap ke jiwa dan akhlak anak-anak tanpa pemantauan ibu bapa dengan alasan kepercayaan yang disangsikan. Kita lupa kepercayaan kita terhadap mereka menjadikan mereka habuan syaitan sepanjang masa.

 

Pilihan kedua:

Kita menetapkan untuk diri kita program bersama keluarga. Tidak semestinya program itu mesti duduk dan semua diisi dengan nasihat panjang lebar dan membosankan.

 

فقد ورد في البخاري عن بن مسعود أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يتخولنا بالموعظة في الأيام كراهية السآمة علينا

 

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud RA bahawa Rasulullah SAW sentiasa menasihati kami secara berselang-seli pada hari-hari tertentu untuk mengelakkan daripada menjadi bosan.

 

Paling penting dan keutamaan yang patut kita lakukan ialah menjadikan keluarga kita menjaga solat berjamaah dalam waktunya, memaksa mereka keluar daripada bilik dengan handphone dan game mereka untuk berwuduk dan menunaikan solat bersama agar Allah menurunkan rahmat-Nya.

 

Kemudian, untuk membuka ruang untuk duat yang bijaksana menjarakkan diri daripada tipu daya syaitan, boleh sahaja menanggalkan atau menghentikan Internet sementara waktu.

 

Daripada sini, adalah diharapkan para duat mampu memulakan langkah memberi peringatan, membaca hadis-hadis, kisah-kisah menarik, memasukkan kegembiraan ke jiwa-jiwa individu keluarga (terutama anak-anak) sehingga akhirnya terbina jambatan bagi mewujudkan ahli keluarga yang khusyuk di mihrab dengan penuh kehinaan di hadapan Allah Azzawajalla.

 

Kadang-kadang boleh sahaja pada siang hari dipenuhi dengan membaca buku atau jilsah (duduk) membaca al-Quran secara berjemaah atau menilik bahan tafsir mengikut kesesuaian untuk mengelak daripada kebosanan.

 

Boleh juga sebelum itu atau selepas itu secara berselang melakukan senaman, bergurau senda dengan anak-anak kecil, bergelak ketawa secara beradab sehingga anak-anak merasai kegembiraan dalam suasana terkawal.

 

Yakinlah bahawa dengan cara ini… apabila krisis COVID-19 selesai dengan izin Allah, keluarga kita semua menjadi bertambah baik dan menjadi sumber inspirasi untuk melakukan dakwah dengan lebih bersemangat.

 

Akhirnya …

 

Di hadapan para duat ada dua pilihan sama ada dia mahu bertangguh dan beralasan dalam usaha melakukan perubahan, lantas membiarkan syaitan Internet bermaharaja seumpama ribut taufan melanda isi rumah atau bersikap prihatin dan bertanggungjawab terhadap mereka di sekitarnya. Dengan itu dia beroleh keuntungan dunia dan akhirat.

 

وفي ذلك فليتنافس المتنافسون

“Dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan.” (Surah Al-Mutaffifin: 26)

 

Catatan: Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria, Yang Dipertua IKRAM Putrajaya

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia