2,359 sukarelawan tawar diri bantu KKM

Mereka adalah daripada pelbagai kategori iaitu 65 pakar perubatan pelbagai bidang, 159 pegawai perubatan, 909 orang jururawat, 220 juruteknologi makmal perubatan, 704 penolong pegawai perubatan dan 106 orang juru X-ray.

 

Selain itu, mereka yang menawarkan diri termasuk 56 ahli fisioterapi, 70 pegawai sains (mikrobiologi), tujuh (7) pegawai farmasi, 44 penolong pegawai farmasi, 11 pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan, dua (2) pegawai psikologi dan enam (6) kaunselor.

 

“KKM sangat menghargai perkhidmatan sukarelawan kesihatan dan perubatan daripada pelbagai peringkat dan profesion dalam menangani penularan kejadian COVID-19 di Malaysia,” kata beliau.

 

Dalam masa yang sama, jelasnya, KKM sedang dalam perbincangan dengan agensi pusat untuk segera memperhalusi mekanisme lantikan secara kontrak bagi pengamal profesion perubatan yang berhasrat untuk berkhidmat dengan KKM dalam tempoh penularan jangkitan COVID-19 ini.

 

“KKM sangat mengalu-alukan lebih ramai sukarelawan dan mereka yang ingin berkhidmat dengan KKM untuk tampil menyertai pasukan bantuan kesihatan dan perubatan COVID-19,” ujarnya.

 

Menurutnya, sukarelawan boleh dengan mengisi Borang Pendaftaran Anggota Sukarelawan Pasukan Bantuan Kesihatan dan Perubatan COVID-19.

 

Mereka yang ingin menyumbang di fasiliti kesihatan awam seperti di klinik kesihatan, pejabat kesihatan daerah, KLIA dan sebagainya, boleh mendaftar di pautan bit.ly/publichealth-vol sementara yang yang ingin berbakti di hospital KKM boleh daftar di bit.ly/hospital-vol.

 

Perkembangan wabak COVID-19 di Malaysia hari ini menyaksikan pertambahan 142 kes positif dengan jumlah keseluruhan 2,908 kes, pertambahan dua (2) kes kematian yang menjadikan kumulatif kes sebanyak 45 serta 108 kes telah pulih dan menjadikan jumlah discaj seramai 645 kes.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia