Sudut Artikel

Terokai dan hayati pelbagai pandangan, perasaan dan ilmu pengetahuan

Minda Editor

Mempertautkan Bangsa Malaysia melalui dialog

Dialog adalah jambatan penghubung bagi individu yang mempunyai perbezaan, lebih daripada menjadi jambatan bagi individu yang mempunyai persamaan. 

Ibu Pejabat IKRAM berwajah baru

SERI KEMBANGAN – Ibu Pejabat Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) di No 9, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah, di sini baru sahaja selesai diubah suai.

Menurut Penolong Setiausaha Agung IKRAM, Haji Mohamad Yaakub Idris, kerja-kerja mengubah suai dimulakan sejak 16 November tahun lalu dan kini sudah 95 peratus siap. Kos keseluruhan pengubahsuaian menelan belanja sehingga RM150 ribu dan kontraktor yang dilantik untuk melaksanakannya merupakan seorang ahli IKRAM.

Sebuah kereta untuk guruku

(Sebuah kisah benar sebagai motivasi hidup berjemaah di jalan dakwah)

Tidak mampu melakukan sesuatu bukan bermakna tidak mampu melakukan apa-apa! Setiap manusia dilahirkan bersama kemahiran dan keistimewaan masing-masing. Ia adalah fitrah dan sunnatullah.

Itulah falsafah hidup yang digenggam kukuh oleh dua orang akhawat yang telah berniat mewakafkan hidup mereka untuk Allah dan risalah dakwah. Mereka adalah ahli-ahli usrah Ustazah Maznah Daud, Ketua Wanita IKRAM.

Apa yang Ikhwanul Muslimin kehendaki?

(Pendirian Ikhwanul Muslimin dalam penyertaan kebangkitan rakyat Mesir dapat disimpulkan menerusi rencana Essam El-Errian yang disiarkan oleh akhbar New York Times pada 9 Februari, 2011 ini.)

Rakyat Mesir telah menyatakan pendirian dan menzahirkannya secara empati. Dalam tempoh dua minggu demonstrasi, kami secara teguh menuntut demokrasi dan kebebasan. Ini adalah usaha sekumpulan rakyat Mesir yang berani yang mencetuskan peristiwa dan peluang bersejarah ini pada 25 Januari. Ikhwanul Muslimin komited dalam menyertai usaha peringkat negara untuk kemajuan dan reformasi.

IKRAM Teens Daerah Batu dilancarkan

BATU CAVES – Pada 15 Februari lalu, bertempat di pejabat IKRAM Daerah Batu, IKRAM Teens Daerah Batu telah dilancarkan. Perasmian majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pemuda IKRAM Daerah Batu, Ammar Mohd Zain.

Dengan moto, “Menyerlah Jauh daripada Biasa”, IKRAM Teens menawarkan pelbagai aktiviti yang dapat meningkatkan kekuatan mental dan fizikal, antaranya paintball, futsal, bowling, dialog, ‘Remaja Raikan Ramadan’ dan ‘Meniti Usia Baligh’.

Surat Ikhwanul Muslimin untuk rakyat Amerika

(Surat ini ditulis oleh Abdel Moneim Abou el-Fotouh dan telah disiarkan dalam akhbar Washington Post, Khamis, 10 Februari 2011)

Seperti juga rakyat Mesir dari segenap lapisan masyarakat, kami dalam Ikhwanul Muslimin mengambil bahagian dalam kebangkitan popular untuk menggulingkan seorang diktator yang represif. Hampir keseluruhan rakyat Mesir menuntut pengusiran Hosni Mubarak dan rejimnya.

Dr Harlina diumum penerima Anugerah Saidatina Khadijah

SHAH ALAM – Ahli Jawatankuasa IKRAM, Prof Madya Dr Harlina Halizah Haji Siraj adalah antara lima penerima anugerah khas sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Selangor tahun ini yang diadakan di Stadium Melawati di sini.

Mesir: Ikhwanul Muslimin adalah ‘partner’ bukan ‘leader’

Melihat situasi di negara-negara Arab yang kian bergolak khususnya Mesir, wakil IKRAMedia telah bertemu Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad di pejabatnya pada Khamis 10 Februari 2011, bertujuan mendengar pandangan beliau mengenai kemelut kebangkitan rakyat yang terjadi itu.

Yang berikut adalah transkripsi penuh wawancara yang telah dilangsungkan bersama beliau.

Gejala Zina dan Pendidikan Seksualiti

Kenyataan Media
Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia

7 Oktober 2010 / 28 Syawal 1431H

GEJALA ZINA DAN PENDIDIKAN SEKSUALITI

1.0 Pertubuhan Wanita IKRAM Malaysia memandang serius ke atas pergaulan bebas dan gejala zina yang begitu membarah di kalangan masyarakat kebelakangan ini mengakibatkan meningkatnya kes-kes pembuangan bayi yang tidak berdosa. Perbincangan yang di paparkan di dada-dada akhbar pula tidak menampakan langkah penyelesaian yang menjurus kepada penyelesaian masalah ini ke peringkat akar umbi.

Aqsa Syarif bantu bina kilang roti di Gaza

KAJANG – Sebuah kilang roti akan dibangunkan di Gaza bagi memenuhi keperluan penduduk di wilayah yang sedang ditindas Zionis Israel. Untuk tujuan itu, satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara Aqsa Syarif Berhad dengan sebuah NGO, The Islamic Society of Jabalia City (ISJ), Gaza dalam satu majlis yang diadakan di pejabat Aqsa Syarif dekat sini.

Apakah manfaat i-Lestari KWSP kepada semua?


Jika ramai dalam kalangan penyimpan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ini adalah mereka yang mempunyai simpanan yang tidak melebihi RM20,000, pasti ramai yang tidak mampu untuk mengeluarkan walau dengan semaksimum RM500 sebulan.

Read More »

Kematian pertama kes Rabies

SERI KEMBANGAN – Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah berkata terdapat satu (1) kes Rabies dalam kalangan manusia yang baharu disahkan.

Read More »

Ambil iktibar daripada Itali

Lebih 10,000 jumlah kematian di Itali setakat jam 8.00 pagi tadi (29 Mac 2020). Tak ada tanda surut, kes baru COVID-19 semakin meningkat tak bagi belas kasihan – Itali sedang dalam peperangan getir. Mereka sedang keletihan.

Read More »

Malaysia terlibat kajian klinikal ubat COVID-19

SERI KEMBANGAN – Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Malaysia telah dipilih oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk terlibat dalam kajian klinikal ‘Multicenter Adaptive Solidarity trial – COVID-19’ bagi mengkaji ubat Remdesivir (ubat antiviral).

Read More »

Andai kita positif COVID-19…


Jika hari ini kita disaring dan esok didapati positif COVID-19…

Maka percayalah…tanpa sedar hari ini merupakan hari terakhir kita bersama anak, isteri dan hari terakhir bersama keluarga.

Read More »

ARTIKEL POPULAR

Group 10

ARKIB

Group 10
Archives

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia